Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah kuat imannya dan hanya kepada Rabb mereka bertawakal. (8:2)
Sabtu, 26 Mei 2012
TEKNIK VISUALISASI DALAM MENJALANI KEHIDUPAN SETIAP MASA
Syukur Alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi kali ini, hari ini nak kongsikan sesuatu setelah datang sebuah program yang AWESOME!harap sabar membaca bahan yang menarik ini...
VISUALISASI ( CREATIVE VISUALIZATION)
Apakah itu visualisasi?
Ini adalah satu teknik yang hebat yang anda boleh amalkan setiap hari untuk mencapai matlamat kita. Seorang pakar motivasi yag terkenal di Malaysia mengenakan bayaran RM300 hanya untuk mengajar teknik visualisasi. Setiap kali beliau menganjurkan seminar, lebih dari 100 orang akan mengikut seminar beliau. Jadi saya harap anda tidak akan mensia – siakan ilmu teknik visualisasi ini hanya kerana anda memperolehinya secara percuma.
Amalkannya setiap hari. Luangkan masa setiap hari selama 5 minit ( sekurang – kurangnya ) untuk melakukan teknik visualisasi. Anda juga boleh melakukannya semasa menunggu di bank, pejabat pos, menunggu bas atau menjadi penumpang dalam kereta atau pengangkutan awam dan sebagainya. Jika anda hendak mengubah hidup anda, anda mestilah lakukan dua teknik ini iaitu meditasi dan visualisasi setiap hari. Saya akan berkongsi lebih banyak teknik dalam blog matlamat (insya Allah) Visualisasi merupakan teknik yang seboleh bolehnya mesti diamalkan setiap hari. Lebih bagus jika anda dapat bermeditasi setiap hari.
Baiklah . Marilah kita lihat bagaimana kita hendak melakukan teknik visualisasi.
TEKNIK VISUALISASI
1.Pilih satu matlamat. Saya akan menerangkan bagaimana hendak memilih matlamat dalam blog mengenai matlamat.
2. Dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh tentang matlamat anda .
3.Katakan anda memilih untuk membeli sebuah kereta. Maka anda mestilah memilih dan mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh tentang kereta idaman anda
a) Model kereta BMW / Mercedes Benz/ Volvo / Toyota Camry / Perdana dan sebagainya
b) Warna kereta idaman anda
c) Model yang anda kehendaki contohnya BMW 7 series
d) Dapatkan lebih banyak maklumat seberapa banyak yang anda boleh seperti warna tempat duduk , rupa dalaman kereta dan sebagainya
e) Jika boleh lawatlah tempat menjual kereta idaman anda. Ambillah katalog kereta idaman anda ( yang mempunyai gambar kereta idaman anda) atau ambil gambar anda disamping kereta idaman anda.Ini akan memudahkan teknik visualisasi anda . Gambar ini akan diperlukan juga dalam teknik lain yang akan saya terangkan dalam blog matlamat. ( insya Allah)
f) Ujipandu kereta idaman anda jika boleh.
Katakan anda hendak memilih untuk memiliki sebuah rumah .
Pilihlah segala maklumat mengenai rumah idaman anda
a) Jenis rumah banglo/ semi d/ teres / kondominium atau pangsapuri
b) Kemudian bayangkan anda berjalan menuju kerumah idaman anda.
c) Apakah warna dan bentuk pintu luar ( gate ) anda?
d) Masuk kedalam halaman rumah idaman anda. Jika anda ada taman diluar rumah anda, maka bagaimanakah bentuk taman anda? Apakah tanaman dan hiasan yang ada ditaman anda
e) Sekarang masuklah kedalam rumah idaman anda.
f) Bagaimana rupa ruang tamu anda?
i) Apakah perabut dan alatan elektrik diruang tamu anda?
ii) Bagaimana susunan perabut dan alatan elektrikdiruang tamu anda?
iii) Apakah warna dinding ?
Anda boleh fikirkan seberapa banyak maklumat tentang matlamat anda Lebih banyak maklumat anda fikirkan , lebih bagus.
g) Seterusnya pergilah keruang dapur , bilik tidur dan sebagainya
Ulangi langkah i) hingga iii)
3.SEKARANG BAYANGKAN SAHAJA MATLAMAT ANDA TADI SETIAP HARI.
Itu sahaja. Mudahkan?
Jika anda mempunyai lebih dari satu matlamat, bayangkan matlamat anda satu demi satu.
4 Pastikan matlamat yang anda bayangkan tadi adalah sama setiap hari. Janganlah bayangkan kereta BMW hari ini dan kereta Mercedes pada esok hari. Bayangkan kereta yang sama setiap hari.
Jika anda hendak menukar matlamat tadi contohnya dari kereta BMW ke Mercedes maka kita boleh berbuat demikian . Tetapi ini akan mengelirukan Minda Bawah Sedar dan akan melambatkan kita mencapai matlamat tadi. Lebih baik kita memilih satu matlamat kita dan mengekalkan setiap matlamat kita sehingga tercapai. Saya akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang cara memilih matlamat dalam blog matlamat.
5. Anda mesti membayangkan seolah – olah anda SUDAH MENCAPAI MATLAMAT ANDA. Ini adalah sangat penting.
Jika matlamat anda adalah memiliki sebuah kereta , maka bayangkan anda sedangkan memandu kereta tersebut
Jika matlamat anda adalah memiliki sebuah rumah idaman anda , maka bayangkan anda berada dalam rumah idaman anda
Jika anda hendakkan pasangan hidup idaman, bayangkan anda sedang bersanding dengan pasangan tadi.
Begitulah seterusnya.
6. VIDEO
Bayangkan matlamat tadi seperti sebuah video iaitu seperti sebuah gambar yang BERGERAK bukannya sebuah gambar yang kaku.
.
7 EMOSI.
Seelok eloknya anda mestilah rasa gembira apabila melakukan teknik visualisasi . Buatlah apa sahaja untuk membuat rasa gembira semasa melakukan visualisasi.
Contoh
Apabila membayangkan kereta idaman anda, bayangkan anda sedang memandu kereta idaman dan pasangan anda dan anak – anak anda sedang berada dalam kereta tersebut. Atau bayangkan orang lain yang anda sayangi berada bersama anda dalam kereta anda.
Apabila anda membayangkan rumah idaman , bayangkan anak- anak anda sedang bermain dirumah , anda sedang berbual dengan pasangan anda, anda menerima kunjungan dari orang yang anda sayangi seperti ibubapa, adikberadik atau rakan.
Anda boleh menggunakan teknik visualisasi untuk semua matlamat anda seperti memilih pasangan hidup idaman anda, kesihatan yang baik dan bentuk badan idaman anda atau apa sahaja matlamat anda.
PERHATIAN : TEKNIK VISUALISASI MESTILAH DIGUNAKAN UNTUK KEBAIKAN SAHAJA. SAYA TIDAK MENGIZINKAN DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB JIKA IANYA DIGUNAKAN UNTUK PERKARA YANG TIDAK BAIK.
SESIAPA YANG MENGGUNAKANNYA UNTUK PERKARA YANG TIDAK BAIK MESTILAH MENANGGUNG AKIBATNYA ( HUKUM TINDAKAN DAN TINDAKBALAS)
TEKNIK VISUALISASI UNTUK MENCARI PASANGAN HIDUP IDEAL
1.Bagi mereka yang belum mempunyai teman hidup, teknik visualisasi boleh digunakan untuk mencari teman hidup idaman. Seseorang itu boleh memilih seorang teman hidup yang sesuai dan kemudian melakukan teknik visualisasi . Tetapi seseorang tidak dapat mengetahui samada orang itu sesuai atau tidak untuknya . Hanya Allah ( tuhan ) sahaja yang tahu samada seseorang itu sesuai atau tidak.
Lebih baik jika seseorang itu memilih sifat - sifat yang perlu ada pada pasangan seperti solih atau solihah, baik budi pekertinya, bertolak ansur, menyayangi pasangan atau sifat - sifat lain yang dirasakan perlu.
Kemudian lakukan teknik visualisasi setiap hari ,sehingga matlamat tercapai.
2. Bayangkan seolah - olah matlamat tadi sudah tercapai. Contohnya bayangkan sedang bersanding dengan pasangan.
3. Bayangkan sebuah gambar bergerak seperti video dan bukannya gambar kaku.
4.Emosi mesti gembira. Jika emosi tidak gembira, lakukan terus visualisasi sehingga menjadi gembira atau lakukan teknik EFT( Emotional Freedom Technique) yang akan saya kongsi di blog kemudian. Emosi negatif seperti takut, sedih dan gementar berpunca dari kepercayaan negatif ( kepercayaan mengongkong )contohnya semua lelaki ( atau wanita) adalah jahat, saya sukar mendapat pasangan hidup yang sesuai dan sebagainya. Kepercayaan negatif yang palsulah inilah yang menyebabkan sukar mendapat pasangan tadi ( lihat blog mengenai kepercayaan mengongkong). Teknik visualisasi dan lebih berkesan lagi teknik EFT boleh memecahkan kepercayaan negatif tadi dan mendatangkan hasil yang cepat.
Amalkan teknik ini setiap hari sehingga matlamat tercapai.
Satu perkara yang amat penting semasa melakukan teknik visualisasi adalah jangan risau bagaimana dan bila pasangan itu akan sampai. Bagaimana dan bila akan ditentukan oleh Allah (tuhan ). Kita tidak perlu risau mengenainya Begitu juga bila melakukan teknik visualisasi untuk apa - apa matlamat pun, jangan risau tentang bagaimana dan bila matlamat itu akan tercapai. Allah ( tuhan) mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk matlamat itu untuk tercapai.
TIP UNTUK TEKNIK VISUALISASI
1.Luangkan masa setiap hari sekurang – kurangnya 5 minit untuk untuk teknik visualisasi.
2. Tetapkan satu masa yang tetap setiap hari untuk teknik visualisasi. Contohnya lepas sembahyang Isyak setiap hari.
3 Jika ‘tiada masa’ kurangkan masa anda menonton tv atau membaca suratkhabar atau berborak kosong dengan kawan
.
Teknik Visualisasi digunakan dengan meluas oleh ahli – ahli sukan yang terkenal dengan meluas . Contohnya Tiger Woods yang merupakan pemain golf yang terkenal. Dia selalu membayangkan apa yang dia kehendaki sebelum memukul bola golf. Tidak hairanlah dia merupakan seorang yang sangat berjaya dibidang golf. Begitu juga ramai pelakon yang yang terkenal termasuk pemenang anugerah Oscar menggunkan teknik visualisasi. Mereka akan membayangkan diri mereka memenangi anugerah ini berkali – kali. Akhirnya mereka akan betul - betul memenanginya.
Ramai pakar motivasi yang mengatakan bahawa teknik visualisasi sahaja sudah memadai untuk membawa kejayaan. Adakah ini benar?
SUDAH TENTU TIDAK. SELEPAS MELAKUKAN VISUALISASI ,KITA MESTILAH BERTINDAK UNTUK MENCAPAI MATLAMAT KITA
Jika kita masih perlu bertindak , apakah gunanya teknik visualisasi?
Dengan mengamalkan teknik visualisasi, anda akan mendapati jauh lebih mudah untuk mencapai matlamat tadi.
Apabila menggunakan teknik visualisasi , maka kita akan dapat
1. MENGHANCURKAN KEPERCAYAAN MENGONGKONG yang menghalang kita dari mencapai kejayaan. ( lihat blog mengenai kepercayaan mengongkong )
2.MENDAPAT PANDUAN DAN ILHAM dari Allah (Tuhan) untuk mencapai matlamat tadi.
Maka kita PERLU BERTINDAK berdasarkan panduan dan ilham ( intuisi) tadi.
MEDITASI akan memudahkan lagi kita mendapat panduan dan ilham tadi.
Jika kita TIDAK BERTINDAK berpandukan panduan dan ilham tadi , maka teknik visualisasi tadi tidak ubah seperti ANGAN – ANGAN MAT JENIN sahaja.
BOLEHKAN KITA BERJAYA JIKA KITA MENGAMBIL TINDAKAN SAHAJA TANPA TEKNIK VISUALISASI?
Sudah tentu boleh.
Tetapi tanpa teknik visualisasi, anda akan menghadapi banyak rintangan untuk mencapai matlamat tadi. Ini serupalah seperti berbasikal dari Kuala Lumpur ke Singapura. Sudah tentu orang tadi boleh sampai ke Singapura. Tetapi orang itu akan kepenatan apabila sampai di Singapura nanti.
Mencapai matlamat adalah jauh lebih senang jika anda menggunakan teknik visualisasi . Anda seperti seolah memandu kereta melalui lebuhraya dari Kuala Lumpur ke Singapura. Sudah tentu anda yang memandu kereta tadi akan sampai di Singapura dengan lebih cepat dan tanpa banyak masalah berbanding dengan orang yang berbasikal tadi.
Disamping melakukan teknik visualisasi , jangan lupa untuk mengamalkan apa yang saya kongsi sebelum ini seperti
1) menjaga EMOSI supaya SENTIASA POSITIF
2) sentiasa BERSYUKUR dengan apa yang anda ada SEKARANG. Contohnya jika hendakkan kereta idaman , maka bersyukurlah dengan kereta yang anda ada sekarang . Buatlah teknik visualisasi untuk kereta baru. Maka kereta baru akan diperolehi dengan senang. Jika tiada kereta. maka bersyukurlah dengan apa yang anda ada seperti motosikal atau apa sahaja. ( lihat blog kesyukuran)
3) Tumpukan perhatian pada apa yang ANDA HENDAK ( rujuk blog menumpukan perhatian pada apa yang anda hendak)
4) Tumpukan perhatian pada perkara yang positif dalam hidup anda (rujuk blog menumpu perhatian pada perkara positif)
5) Bergembiralah melihat kejayaan orang lain
6) Keluarkanlah ZAKAT DAN BANTULAH ORANG YANG SUSAH DAN ANAK YATIM ( rujuk blog Kebajikan – Hukum Tindakan dan Tindakbalas)
Maka apa yang anda visualisasikan tadi akan tercapai dengan cepat
TEKNIK VISUALISASI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Selain mencapai untuk mencapai MATLAMAT , teknik Visualisasi juga boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita
Contohnya
1.Jika anda hendak melakukan perjalanan jauh, sebelum memulakan perjalanan bayangkan anda akan sampai dengan selamat kedestinasi anda tanpa sebarang masalah. Maka anda akan sampai dengan selamat ( insya Allah)
2.Sebelum bertolak pergi ke kerja, bayangkan anda sampai ke tempat kerja dengan selamat tanpa masalah. Maka anda akan sampai dengan selamat ( insya Allah)
3.Bila membuat panggilan talipon , bayangkan anda dapat bercakap dengan baik dengan orang yang anda kehendaki. Maka niat anda akan tercapai. ( insya Allah)
4.Jika hendak pergi ketempat yang susah untuk mendapat tempat letak kereta,sebelum bertolak bayangkan anda mendapat tempat letak kereta dengan senang. Maka anda akan mendapat tempat letak kereta dengan senang.
Begitulah teknik visualisasi boleh digunakan bila – bila masa sahaja. Maka janganlah sia – siakan teknik yang hebat ini
Dr Mohamed Farook b Raj Mohamed
M.D. (UKM ) O.H.D. ( NIOSH)
Isnin, 16 April 2012
Model Making - Pusat Pameran Kereta
Asslamualaikum...
Bersua kembali, setelah sekian lama menyepi tidak meng'update' blog...
Entri kali ini penulis nak kongsikan satu projek baharu penulis berkaitan hobi 'model-making' atau kita biasa dengar hobi membina miniatur. kali ini, penulis sedang menyiapkan model sebuah bangunan pameran jualan kereta.. Oleh kerana belum siap sepenuhnya, penulis hanya dapat memuatnaik gambar-gambar yang dapat ditangkap.Jom...
Setelah membuat lakaran asas di atas kertas... proses mengukur dan memotong dilakukan untuk bahagian-bahagian bangunan,..
Ini proses memasang dan menyambung bahagian-bahagian bangunan tersebut...
Seterusnya, penulis menambah bahagian cermin yang hanya menggunakan kepingangan arkrilik/perspek yang susah penulis lorekkan membentuk seolah pintu/cermin kaca...
Sekarang, penulis membina bumbung bangunan...
Ini pula di bahagian belakang...
Okeylah, setakat ini sahaja...kita jumpa lagi perkongsian entri ini bagi siri ke-2 nanti...wasalam
Khamis, 22 Disember 2011
Grand opening of Knuffingen Airport
Subhanallah, hebat miniaturnya...! Inilah vidnya...tontonlah!! ;D
Jumaat, 16 Disember 2011
DEMO MEMBINA MINIATUR RUMAH MINI 2
Sepatutnya sudah lama entri sambungan pada siri pertama ini diposkan...tetapi tidak mengapalah, janji miniatur siap dan dikongsikan dalam blog ini.
Sebelum itu, terasa sedikit kurang lengkap sharing kali ini disebabkan kurangnya menunjukkan satu persatu langkahnya. jadi ini sahajalah yang sempat dikongsikan...
Sekarang ini, penulis sedang menyiapkan tapak bumbung. Atapnya penulis hanya menggunakan 'corrugated colour paper' berwarna merah hati.
Sekarang penulis cuba untuk membuat sedikit laman dan pokok ringkas sebagai hiasan halaman di luar rumah ini...
pokok kecil lagi renek ini penulis hanya mengunakan span basuh pinggan yang dibentuk pokok..ringkaskan? dan satu lagi pokok itu dibeli di kedai aquarium ikan (haha! sedang berjalan-jalan di PetWorld Mid Valley, ternampak pokok-pokok hiasan dalam akuarium yang dijual..hmm tiba-tiba idea datang untuk memilih dan membelinya sebagai satu lagi pokok yang ditambah di halaman rumah mini ini...)
Seterusnya penulis membina tapak dan dan menghamparkan 'grass paper' iaitu sebagai rumput di halaman rumah. Model rumah disusun berserta pokok-pokok tadi.
Akhir sekali, penulis menambah sebuah model kereta sebagai pelengkap sebuah rumah!
Sesuai tak Ferrari F430 ini? tidak bukan...Jadi letaklah model kenderaan yang sesuai saiznya. Model Mercedes CLK bernisbah 1:64 ini lebih sesuai rasanya..
Sampai di sini sahaja...Sekian, wasalam...

Lahh, belum open rupanya...
Assalamualaikum wbt, semoga kita semua sentiasa di bawah peliharaan-Nya, InsyaAllah..
Cuti semester kali ini, penulis memang berhasrat mahu berjalan-jalan di bandar raya Johor Bahru a.k.a JB. Rindu rasanya dengan kemeriahan JB. Semacam sudah terlalu lama terperuk di dalam perut ibu kota Kuala Lumpur disebabkan tuntutan belajar di sana, kini sahut kemahuan diri mahu mengukur JB pula!
Pada hari Khamis bertarikh 15 Disember yang lepas, selepas menghantar ayah penulis di pejabatnya di sana, penulis bersama dengan seorang adik terus menghidupkan enjin kereta meninggalkan pejabat tersebut untuk ke satu destinasi yang telah dirancang. Hmm kali ini penulis mahu meninjau dan melawat sebuah muzium, Muzium Tokoh Johor. Dan muzium ini sebenarnya menggunakan bangunan bersejarah dan berciri Inggeris klasik yang sudah agak lama ditinggalkan. Bangunan yang siap dibina pada tahun 1890 ini ialah Bangunan Dato’ Jaafar yang mengambil nama Dato’ Jaafar sebagai Menteri Besar Johor yang pertama, lokasinya terletak di atas Bukit Senyum menghadap SMT Tanjung Puteri, JB. Apabila sebut pasal Dato’ Jaafar, beliau merupakan bapa kepada Dato’ Onn yang telah menubuhkan parti UMNO, juga datuk kepada Tun Hussein Onn (Perdana Menteri Malaysia ke-3) manakala Dato’ Seri Hishamuddin ialah cicitnya. Wah, memang keturunan pemimpinlah!
Baiklah, sekarang kita kembali semula kepada cerita Muzium. Dengar kata, muzium tersebut sudah dibuka kepada orang ramai. Sebenarnya penulis juga mahu melihat dengan lebih dekat keunikan seni bina bangunan lama ini yang merupakan juga bekas tempat asalnya Institut Bahasa yang kini telah berpindah ke KL, tempat penulis menuntut sekarang ini.
Tepat jam 3.15 petang, selepas mengharungi kesibukan trafik Jalan Wong Ah Fok dan jalan menghala ke Stulang, akhirnya penulis berjaya tiba di hadapan bangunan yang pernah menjadi ‘saksi’ kemajuan dan perkembangan bandar ini dari era kolonial lagi. Rasa teruja untuk masuk dan melihat serta meninjau di dalamnya, sesuailah dengan minat penulis terhadap keunikan senibina bangunan moden atau tradisi. Minat kepada senibina menyebabkan penulis cukup gemar dengan hobi ‘modelmaking’! atau membina miniatur bangunan dan diorama.
Sebelum direnovate... (gambar diambil di laman sesawang)
Ini gambar terbaru bekas bangunan Institut Bahasa (IB) penulis yang terbaharu...hehe, cantik tak?
Penulis bersama adik yang seorang ini mula melangkah masuk di pintu besar menyambut tetamu, ibarat masuk ke dalam sebuah mulut yang sangat besar seekor raksasa. Berkerut juga dahi kami berdua...tahu kenapa?
Pertama: kenapa tiada ‘reseption’?? Atau sebarang meja sambut tetamu ke, tiket ke...??
Kedua: kelam je suasananya... tidak banyak lampu yang di buka. Rasa seram pun ada, bangunan lamalah katakan...
Ketiga: di satu sudut, terdapat banyak peralatan dan perabut klasik dikumpulkan setempat seperti menunggu masa untuk disusun.
Keempat: ternampak seorang lelaki Melayu 30an rasanya, duduk termenung di kerusi memandang perabut-perabut klasik tersebut seorang diri...ayyoo!! macam penunggu bangunan lama...
Akhirnya, terciptalah satu perbualan ringkas antara kami...
Penulis: “Eerrr dah bukak ke?” (satu soalan ringkas yang bermaksud bahawa muzium ini sudah dibuka untuk dilawati?) sempat juga hati penulis bermonolog... (Ya Allah, teruknya aku ni!! Tak bagi salam pon, main segah je..ishh..lupa pulak, jangan buat lagi!)
Penunggu bangunan : “Eh, belum bukak lagi dik.. sekarang ni tengah sibuk bawa masuk barang..”. Kata Penunggu itu sambil tersenyum dan mengisyaratkan tangannya ke arah perabut-perabut klasik tersebut.
Penulis: “Oooh, agak-agak bila ek nak bukak?” Tanya penulis yang teringin sangat mahu masuk dan melawat.
Penunggu bangunan : “hmmm.. tu saye tak tahu lagi laa, kami tak pasti lagi bile masenye nak bukak nanti”...
Penulis : “Oh OK, errr terima kasih ye..” Balas penulis sambil tersenyum, terus beredar keluar dengan adik penulis.
Ketika melangkah keluar, sekali lagi teringat bahawa terlupa akan sesuatu... TAK BAGI SALAM! Ucapan mulia sebagai doa dan penghargaan kepada ‘penunggu’ tadi! Rugikan..? Senang-senang pahala beri ucapan salam terlepas begitu sahaja. Pengajaran untuk hari ini...
Hairan juga, rupa-rupanya muzium ini belum dibuka lagi untuk pengunjung datang melawat. Baru sebentar tadi, adik penulis memberitahu yang dia pernah terbaca di akhbar utama bahawa muzium ini sudah dibuka semasa penulis memandu ke muzium tersebut.
Persoalannya yang timbul sekarang ini ialah, yang mana satu penulis boleh percayai ni? Cerita adik penulis atau cerita surat khabar? Barang kali adik penulis tersalah baca rasanya dan mungkin juga akhbar tersebut tersilap membuat laporannya... (Arrhh, boleh datang waktu lain kan, takde apa yang perlu dikesalkan)... Wasalam.

Ahad, 11 Disember 2011
Langgan:
Catatan (Atom)