Ahad, 30 Januari 2011

bedah buku:TAUTAN HATI...

Salam’alaikum wrt,
Alhamdulillah..kita bersua kembali.. 

Ini bukan kali pertama penulis membeli dan membaca novel-novel yang bercirikan islami, menjurus kepada tarbiah dan dakwah yang ada di pasaran. Pada pos kali ini penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak dengan sebuah novel yang menjurus kepada penonjolan nilai-nilai Islam yang indah dan syumul iaitu TAUTAN HATI. Sebenarnya, penulis memang sudah lama berhajat memiliki novel ini yang dikarang oleh seorang penulis muslimah yang cukup penulis kagumi iaitu Fatimah Syarha bte Mohd Noordin. Penulis mula mengagumi hasil penulisan beliau setelah membaca sebuah lagi buku karya beliau iaitu Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul yang direkemenkan oleh sahabat penulis. Cukup mendidik dan sarat dengan mesej islami! 

Ini ruangan Bedah Buku, doktor yang melakukan pembedahan ialah penulis (owner blog ni laa..) dan pesakitnya ialah Buku yang menjadi mangsa (buku yang dibaca&diulas)....... ini pembedahan kecil sahaja (so pengulasan buku secara ringkas shj...ye ke??)

Sebelum tu.. kena ada taklimat drpd doktor tentg kondisi dan latar belakang ‘pesakit’... jom!

Sebelum penulis membuat sedikit ‘pembedahan kecil’ novel ini, suka penulis menceritakan serba sedikit latar belakang pengarang yang dikagumi ini. Namanya sudah disebutkan di atas (..erm beliau mungkin tiada nama pena kot..). Beliau dilahirkan pada tanggal 17 Oktober 1984 di Kuala Terengganu (hehe orang kampung saya lah!..) dan mendapat pendidikan di SK Bukit Apit, SK Bukit Aman dan SMA Mahmudiah seterusnya SMA Sultan Zainal Abidin mengambil aliran Thanawi. Beliau kini berkelulusan UIAM dalam jurusan Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan Fiqh dan Psikologi. ‘Mawar Berduri’ merupakan karya beliau yang mengangkat dirinya memenangi tempat ketiga Sayembara Novel Remaja sempena Jubli Emas DBP 2006. Karya beliau yang lain ialah ‘Syabab: Musafir Kasih’ dan ‘Pemilik Cintaku selepas Allah Dan Rasul’. Suami beliau iaitu Dr Farhan Hadi juga menulis sebuah novel yang bertajuk “Denyut Kasih Medik”.

Pembedahan pun bermula....
Baiklah mari kita ulas sedikit tentang novel ini. Novel yang mempunyai 785 muka surat ini memiliki 23 bab kesemuanya bermula dengan bab pertama bertajuk...DIA TAK SAMA. Penulis mahu mengulas sedikit bab pertama ini, pembaca akan diperkenalkan watak seorang muslimah bernama Imtisal. Gadis yang cukup tabah, berwajah ayu dan bijak dalam pelajarannya tetapi mengalami masalah akidah (bukan murtad ye..) yang agak teruk. Halaman, perenggan dan ayat pertama sahaja, pembaca akan ‘mendengar’ jeritan Imtisal yang menjerit “Dia tak samaaaaaaaa...!!!” di dalam petak kamarnya di universiti tempat Imtisal belajar. Seterusnya pembaca akan diperkenalkan watak Hindun, Tasya dan Linda yang menjadi teman sebilik Imtisal tetapi tidak menyukai Imtisal kerana ‘penyakit’nya itu. bagi penulis, watak Imtisal cukup berat dan sarat dengan kesukaran hidupnya. Latar belakangnya penuh dengan penderitaan, layanan kasar rakan sebilik namun yang istimewanya Imtisal seorang pelajar yang tekun dan cemerlang dalam jurusannya. Seterusnya watak Asiah Yusra ditonjolkan. Seorang gadis yang penuh dengan jiwa dakwahnya, ciri wanita solehah dan seorang mujahidah ada padanya. Penulis amat mengagumi perwatakkan watak Asiah Yusra ini lebih-lebih lagi ketika beliau mula-mula ingin berdakwah kepada beberapa orang mad’unya. Sukarnya! Pada mulanya seperti disambut hambar dan tiada sahutan namun akhirnya mula membuahkan hasil setelah usaha terselimut sabar dan tawakalnya, sikap ikhlasnya untuk terus menabur benih-benih dakwah di muka bumi ini. beliau mengetuai halaqah dan pengorbanannya dalam menjaga kebajikan rakan-rakan dunia akhiratnya. Subhanallah! Beruntunglah sahabatnya yang memiliki rakan seperti Asiah Yusra.
Cukuplah serba ringkas penulis mengulas sedikit bab pertama (tak bolehlah semua bab..banyak! dan bacalah kepada yang belum membaca..baru ade surprise..). sambung sedikit, bagi penulis penulisan novel ini sedikit sebanyak memberi kesan yang mendalam tentang banyak perkara dalam kehidupan. Novel ini memperkenalkan bagaimana kehidupan golongon-golongan dai’e ini dalam menghadapi kegetiran dan ujian ketika terpilih hidup di zaman fitnah ini, penuh dengan kemestian bermujahadah dan pengorbanan semata-mata untuk menjaga dan mempertahankan apa yang telah disyariatkan. Memang sukar tetapi watak-watak di dalam novel ini berjaya dan mampu menunjukkan jalan penyelesaian. Penulis merasakan sedikit banyak ini adalah kisah benar (bukan rekaan dan fantasi) hasil pengalaman yang diceritakan semula melalui penulisan.  Suasana islami dalam kelompok keluarga para dai’e yang cukup jelas digambarkan yang penulis sendiri tidak pernah alami.  Terus terang penulis mahu alaminya.
Berceritakan sedikit latar ceritanya, penulisan ini sebenarnya banyak menceritakan keadaan dan suasana UIA itu sendiri. Sedikit banyak penulis dapat mengetahui bagaimana UIA itu sendiri hasil imaginasi sendiri (jarang masuk ronda-ronda UIA nih! Biasanya UM sahaja kerana dekat dengan tempat belajar..). terdapat juga gambaran yang menjadi latar tempat ketika di Sekolah Menengah Taman Islam, AgroTourism di Terengganu, kawasan rekreasi Hutan Simpan Hulu Gombak di Ulu Yam, masjid UIA ketika halaqah bersama Dr Izzul Hafiz, rumah Tok Hana di Felda Keratong, Pahang dan banyak lagi. Novel yang agak tebal dan ratusan helaian membuatkan novel banyak ceritanya yang mewujudkan banyak situasi, latar, watak-watak bersama sifatnya, dan yang lebih utama penyampaian setiapnya yang terselit begitu banyak input-input berguna untuk pembaca. 

..antara yang terjumpa ketika pembedahan....
sepanjang penulis mengalami dan menyelami 'kehidupan' Tautan Hati ini, banyak yang penulis dapat daripadanya seperti kalimat-kalimat (dialog2 watak, hadis2 dsb) dan situasi-situasi (jalan cerita@plot-plotnya) yang terkesan ke dalam sanubari penulis  sehingga masih berbekas sampai sekarang. Terasa roh dakwah dan tarbiah penulis meresap ke dalam jiwa penulis untuk lebih... maknanya setiap hari yg mendatang pasti akan ada sesuatu yang berguna dapt dilakukn, disumbangkan kpd kebaikkan..Subhanallah! satu hasil tinta bertaip yang layak dipuji!

Antara hadis yang penulis selalu terjumpa, tertarik dan terkesan ialah “Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari.” Hadis ini sudah cukup memberikan satu semangat dan iltizam yang kuat kepada para pendaie, pendakwah akan kurniaan yang Allah berikan jika terdapat hambanya yang berusaha membawa manusia lain mengenal dan seterusnya mengabdikan diri kepadaNya. Subhanallah..mudah-mudahan penulis juga mahu termasuk dalam golongan sebegitu..

"Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…"

InsyaAllah.. novel ini cukup mendidik jiwa. Sarat dengan tarbiah islami. Satu tazkiyyah an-nafs dalam bentuk karya tulisan. Kaya dengan nilai dan qudwah yang mulia selari dengan syariat. Satu penulisan yang menuntut amal sebenarnya! Terlalu banyak yang penulis belajar, terkesan daripada penulisan ini dan rasanya mustahil untuk diceritakan semuanya di pos kali ini. Mulalah dengan lafaz basmalah sebelum membaca... Mudah-mudahan terpilih hati kita dengan hidayahNya untuk mempraktikkan dan beramal mengikut kemampuan diri.. Bukankah hidayah Allah di mana-mana, manalah tahu melalui pembacaan penulisan-penulisan sebegini menjadi noktah bidayah yang menggerakkan kita ke arah mencapai mardhotillah. Inilah yang penulis cuba amalkan sehingga istiqamah. Membaca dan terus membaca karya yang sebegini. Doakan bersama ya!
SYOR : kepada yang belum membaca, penulis amat menggalakkan rakan-rakan membacanya dan hayati setiap cerita yang dilakonkan oleh watak-watak yang pelbagai ragam, kerenah, latar hidup dan sebagainya. Persis dengan apa yang dialami oleh kita sendiri dalam menghadapi dugaan dan cabaran kehidupan sebagai remaja muslim (bagi yang biasa dan lazim duduk dalam kalangan berpendidikan agama, atau yang cintakan jalan tarbiah dan dakwah pasti merasakan novel ini lebih dekat dengan dirinya..)
Namun adalah lebih baik jika kita membaca terlebih dahulu karya Seindah Mawar Berduri (SMB) terlebih dahulu kerana novel Tautan Hati (TH) ini merupakan sambungan karya beliau tersebut (saya belum lg membaca SMB kerana setelah hampir menamatkn bacaan TH merupakn novel sambungnnya! Aduhai.. akan kucari SMB dipasaran!!)

Dan...sekali lagi penulis ingin katakan..Bacalah. Bacalah dengan nama Rabbmu yang Maha Mulia.. mudah-mudahan hati kita terpilih antara yang mendapat taufik dan hidayahNya..InsyaAllah.
Wallahualam bissawab.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan