Isnin, 23 Mac 2020

comeback!!!


Assalamualaikum guysss..

              Selawat dan Salam kepada Baginda Rasullulah SAW yang kita cintai. Semoga di awal dan akhir kehidupan kita semua sentiasa dalam landasan yang lurus mengikut ajaran Baginda SAW. Aamiiinnn Ya Rabb.

              Baiklah, pada tarikh hari ini 23 Mac 2020 bersamaan 28 Rejab 1441H.. Saya mulakan dengan lafaz basmalah menghidupkan semula blog ini. ibarat orang kata 'comeback' lah hahaha.. Dengan nama baharu serta sedikit berbeza tujuan perkongsiannya berbanding posting-posting terdahulu.

............dan hari merupakan hari ke-5 perintah kawalan pergerakkan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak atau virus COVID-19 ni. Setakat jam ini, Malaysia sudah mencatatkan 11 kematian! Allahuu semoga Engkau memberi kekuatan kepada kami untuk  menghadapi ujianMu kali ini. insyaAllah, posting pertama akan menyusul pada hari esok. Moga dipermudahkan!