Jumaat, 16 Disember 2011

DEMO MEMBINA MINIATUR RUMAH MINI 2

Sepatutnya sudah lama entri sambungan pada siri pertama ini diposkan...tetapi tidak mengapalah, janji miniatur siap dan dikongsikan dalam blog ini.

Sebelum itu, terasa sedikit kurang lengkap sharing kali ini disebabkan kurangnya menunjukkan satu persatu langkahnya. jadi ini sahajalah yang sempat dikongsikan...

Sekarang ini, penulis sedang menyiapkan tapak bumbung. Atapnya penulis hanya menggunakan 'corrugated colour paper' berwarna merah hati.




Sekarang penulis cuba untuk membuat sedikit laman dan pokok ringkas sebagai hiasan halaman di luar rumah ini...

pokok kecil lagi renek ini penulis hanya mengunakan span basuh pinggan yang dibentuk pokok..ringkaskan? dan satu lagi pokok itu dibeli di kedai aquarium ikan (haha! sedang berjalan-jalan di PetWorld Mid Valley, ternampak pokok-pokok hiasan dalam akuarium yang dijual..hmm tiba-tiba idea datang untuk memilih dan membelinya sebagai satu lagi pokok yang ditambah di halaman rumah mini ini...)



Seterusnya penulis membina tapak dan dan menghamparkan 'grass paper' iaitu sebagai rumput di halaman rumah. Model rumah disusun berserta pokok-pokok tadi.



Akhir sekali, penulis menambah sebuah model kereta sebagai pelengkap sebuah rumah!



Sesuai tak Ferrari F430 ini? tidak bukan...Jadi letaklah model kenderaan yang sesuai saiznya. Model Mercedes CLK bernisbah 1:64 ini lebih sesuai rasanya..


Sampai di sini sahaja...Sekian, wasalam...

Lahh, belum open rupanya...

Assalamualaikum wbt, semoga kita semua sentiasa di bawah peliharaan-Nya, InsyaAllah..

Cuti semester kali ini, penulis memang berhasrat mahu berjalan-jalan di bandar raya Johor Bahru a.k.a JB. Rindu rasanya dengan kemeriahan JB. Semacam sudah terlalu lama terperuk di dalam perut ibu kota Kuala Lumpur disebabkan tuntutan belajar di sana, kini sahut kemahuan diri mahu mengukur JB pula!

Pada hari Khamis bertarikh 15 Disember yang lepas, selepas menghantar ayah penulis di pejabatnya di sana, penulis bersama dengan seorang adik terus menghidupkan enjin kereta meninggalkan pejabat tersebut untuk ke satu destinasi yang telah dirancang. Hmm kali ini penulis mahu meninjau dan melawat sebuah muzium, Muzium Tokoh Johor. Dan muzium ini sebenarnya menggunakan bangunan bersejarah dan berciri Inggeris klasik yang sudah agak lama ditinggalkan. Bangunan yang siap dibina pada tahun 1890 ini ialah Bangunan Dato’ Jaafar yang mengambil nama Dato’ Jaafar sebagai Menteri Besar Johor yang pertama, lokasinya terletak di atas Bukit Senyum menghadap SMT Tanjung Puteri, JB. Apabila sebut pasal Dato’ Jaafar, beliau merupakan bapa kepada Dato’ Onn yang telah menubuhkan parti UMNO, juga datuk kepada Tun Hussein Onn (Perdana Menteri Malaysia ke-3) manakala Dato’ Seri Hishamuddin ialah cicitnya. Wah, memang keturunan pemimpinlah!






Baiklah, sekarang kita kembali semula kepada cerita Muzium. Dengar kata, muzium tersebut sudah dibuka kepada orang ramai. Sebenarnya penulis juga mahu melihat dengan lebih dekat keunikan seni bina bangunan lama ini yang merupakan juga bekas tempat asalnya Institut Bahasa yang kini telah berpindah ke KL, tempat penulis menuntut sekarang ini.

Tepat jam 3.15 petang, selepas mengharungi kesibukan trafik Jalan Wong Ah Fok dan jalan menghala ke Stulang, akhirnya penulis berjaya tiba di hadapan bangunan yang pernah menjadi ‘saksi’ kemajuan dan perkembangan bandar ini dari era kolonial lagi. Rasa teruja untuk masuk dan melihat serta meninjau di dalamnya, sesuailah dengan minat penulis terhadap keunikan senibina bangunan moden atau tradisi. Minat kepada senibina menyebabkan penulis cukup gemar dengan hobi ‘modelmaking’! atau membina miniatur bangunan dan diorama.

Sebelum direnovate... (gambar diambil di laman sesawang)




Ini gambar terbaru bekas bangunan Institut Bahasa (IB) penulis yang terbaharu...hehe, cantik tak?






Penulis bersama adik yang seorang ini mula melangkah masuk di pintu besar menyambut tetamu, ibarat masuk ke dalam sebuah mulut yang sangat besar seekor raksasa. Berkerut juga dahi kami berdua...tahu kenapa?

Pertama: kenapa tiada ‘reseption’?? Atau sebarang meja sambut tetamu ke, tiket ke...??

Kedua: kelam je suasananya... tidak banyak lampu yang di buka. Rasa seram pun ada, bangunan lamalah katakan...

Ketiga: di satu sudut, terdapat banyak peralatan dan perabut klasik dikumpulkan setempat seperti menunggu masa untuk disusun.

Keempat: ternampak seorang lelaki Melayu 30an rasanya, duduk termenung di kerusi memandang perabut-perabut klasik tersebut seorang diri...ayyoo!! macam penunggu bangunan lama...

Akhirnya, terciptalah satu perbualan ringkas antara kami...

Penulis: “Eerrr dah bukak ke?” (satu soalan ringkas yang bermaksud bahawa muzium ini sudah dibuka untuk dilawati?) sempat juga hati penulis bermonolog... (Ya Allah, teruknya aku ni!! Tak bagi salam pon, main segah je..ishh..lupa pulak, jangan buat lagi!)

Penunggu bangunan : “Eh, belum bukak lagi dik.. sekarang ni tengah sibuk bawa masuk barang..”. Kata Penunggu itu sambil tersenyum dan mengisyaratkan tangannya ke arah perabut-perabut klasik tersebut.

Penulis: “Oooh, agak-agak bila ek nak bukak?” Tanya penulis yang teringin sangat mahu masuk dan melawat.

Penunggu bangunan : “hmmm.. tu saye tak tahu lagi laa, kami tak pasti lagi bile masenye nak bukak nanti”...

Penulis : “Oh OK, errr terima kasih ye..” Balas penulis sambil tersenyum, terus beredar keluar dengan adik penulis.

Ketika melangkah keluar, sekali lagi teringat bahawa terlupa akan sesuatu... TAK BAGI SALAM! Ucapan mulia sebagai doa dan penghargaan kepada ‘penunggu’ tadi! Rugikan..? Senang-senang pahala beri ucapan salam terlepas begitu sahaja. Pengajaran untuk hari ini...

Hairan juga, rupa-rupanya muzium ini belum dibuka lagi untuk pengunjung datang melawat. Baru sebentar tadi, adik penulis memberitahu yang dia pernah terbaca di akhbar utama bahawa muzium ini sudah dibuka semasa penulis memandu ke muzium tersebut.
Persoalannya yang timbul sekarang ini ialah, yang mana satu penulis boleh percayai ni? Cerita adik penulis atau cerita surat khabar? Barang kali adik penulis tersalah baca rasanya dan mungkin juga akhbar tersebut tersilap membuat laporannya... (Arrhh, boleh datang waktu lain kan, takde apa yang perlu dikesalkan)... Wasalam.

Rabu, 30 November 2011

Awesome miniature!!

Assalamualaikum,
moga kita sentiasa di bawah reda dan petunjukNya...

Entri kali ini, sekali lagi penulis mahu berkongsi mengenai kegemaran membina atau mengumpul miniatur ini. Mungkin ada dalam kalangan rakan-rakan pernah melihat dan berasa teruja dengannya dan mungkin juga yang belum melihatnya. Jadi yang belum melihat, jom! Anda pasti teruja melihat sebuah miniatur atau sebuah diorama yang telah dihasilkan oleh beberapa orang rakyat Jerman ini. Saksikan..



Perhatikan hasil kerja yang dilakukan oleh mereka, hebatkan? Sebuah model lapangan terbang yang terbesar pernah dihasilkan... Dengan berskalakan 1/50, model miniatur ini diambil daripada lapangan terbang sebenar di Jerman iaitu Lapangan Terbang Wunderland di Hanburg.




Mesti satu kepuasan tak terhingga bagi lelaki tersebut yang berjaya menyiapkan hingga sentuhan-sentuhan terakhirnya... Model A380 pun ada..


Gambar di bawah, tempat parkir kereta bertingkat dan parkir terbuka...



Suasana di waktu malam, so amazing!




Wah, aliran trafik yang sibuk di sekitar lapangan terbang...


Juga terdapat tempat puluhan teksi menunggu penumpangnya.. dan stesen keretapi/tren yang menambahkan kemeriahan dan melengkapkan lagi sistem perhubungan dan pengangkutan yang serba lengkap di Jerman.




Ehh tengok tu! ada sebuah kapal terbang baru sahaja berlepas meninggalkan lapangan terbang...



Ada juga yang baru sahaja mendarat...hahaha (^_^)

hmm Malaysia Airlines ada tak??


Hebatkan?? Namun sehebat dan sekagum mana sekalipun kita melihat kerja tangan manusia-manusia sekeliling, jangan kita lupa bahawa titik pangkal kejayaan dan kegaguman hasil tangan manusia itu segala-galanya bermula dengan keizinanNya. Jika kita berasa kagum dengan penerokaan manusia di bulan, tidak mampu menandingi kekuasaan dan pencipta-Nya yang menciptakan seluruh alam carekawala ini.

AK:ehmm baru-baru ni ada seorang rakan penulis bertanyakan tentang bagaimana hendak memulakan membina sebuah miniatur.. baru hendak mencuba-cuba sesuatu yang baharu dan sangat minat dengan hobi ini. terselit impian rakan penulis tersebut mahu membina sebuah model lapangan terbang, mungkin kerana sangat berkait rapat dengan kerjayanya barang kali... Apa-apa pun, semoga berjaya ya!

Walllahu'alam.

Isnin, 24 Oktober 2011

Andai baginda bersama kita...



Subhanallah...cukup terkesan di dalam sanubari setiap umat yang mengenal perjuangan dan pengorbanan Baginda Rasullulah SAW...Cubalah kita koreksi kembali diri, di manakah terletaknya Rasulullah dalam hidup kita. adakah hanya di dalam buku teks/sirah sahaja? atau hanya dibibir menyanyikan lagu nasyid mengenainya sahaja, atau... sudah tersemat jauh cinta dan sayang kepadanya di dalam kalbu kita sehingga ternampak sunnahnya dalam setiap tindakan kita??

Rabu, 19 Oktober 2011

Law Kaana Bainana [with Malay lyrics]

Pemimpin ditanahku bagaimana??



Subhanallah, tiada perkataan lain yang mampu penulis katakan selain... sangat teruja!Siapa tidak kenal dengan Sultan Hassanal Bolkiah, pernah menjadi individu terkaya dunia ini berbicara tentang hukum Allah. Terasa kagum dengan titah baginda, di Malaysia sudah lama diperkatakan dan ditimbulkan tentang hukum ini oleh sebuah parti politik, namun masih ramai lagi dalam kalangan pemimpin, media-korporat, rakyat dan... oh, artis! yang nampaknya seperti mereka tidak pernah mendengar perkataan 'hudud' apatah lagi...

Barangkali, mereka yang menolak hukum acuan Allah SWT berkemungkinan besar :

1. Jahil tentang hukum ini malah ajaran Islam seluruhnya.
2. Memang sudah terlibat dengan dosa2 (bertimbun2 sampaikan tak boleh sorok dah..) yang boleh dikenakan hudud ini seperti mencuri, rasuah, qazaf dll.
3. Whatelse??

jadi,

Apa tindakan kita? banyak usaha kecil dan besar yang boleh dilakukan...

Sabtu, 1 Oktober 2011

Demo membina miniatur rumah siri 1

Entri kali ini, penulis ingin kongsikan bagaimana membuat sebuah miniatur atau model mini. Ya! sebuah rumah kecil. Pada waktu lapang, inilah salah satu hobi yang penulis gemar lakukan. Penulis agak obses dengan hobi ini dan diharap bermula dengan hanya sebuah hobi akan menjadi satu pendapatan suatu hari nanti.

Baiklah, sekarang penulis senaraikan alat dan bahan yang diperlukan. Gambar alatan dan bahan di bawah ini untuk pembinaan yang agak ringkas dan mudah didapati (maklumlah masih tahap beginner, hanya setakat hobi dan tidak pernah mendapat latihan khusus seperti bakal2 arkitek...)





Mounting board (ketebalan dan warna ikut kesukaan atau kesesuaian). Bahan paling utama!


Mechanical Pensil, pemadam, pembaris ‘cm’ (lebih baik stainless steel lah, tebal) Cutting mat, corrugated colour paper (cadangan untuk bumbung), pisau, grass paper (untuk rumput di halaman), kad warna, berus dan cat (cadangan gunakan fabric dye atau pelaka), gam UHU (ada nak rekemen gam lain?). Sebenarnya, terdapat bahan-bahan yang masih perlu penulis cuba-cuba atau try and error dahulu sebelum kita tahu yang mana lebih sesuai, kemas dan sebagainya. Sebagai contoh, penggunaan cat. Semua bahan ini boleh didapati di kedai-kedai alat tulis. Lagi besar kedai, lagi banyak pilihan dan kepelbagaian bahan yang boleh dicari dan dibeli.






Penulis lebih suka mengambil ukuran 5cm untuk tinggi sebuah dinding. Selepas memikirkan konsep dan reka bentuk yang diinginkan, seterusnya penulis mengimejkan ke atas kertas beserta ukuran yang sesuai. Sebelum itu, boleh sediakan tapak asas mengikut keselasaan kita. Kini tiba sesi memotong mounting board selepas ukuran telah dibuat. Jangan perkecilkan soal keselamatan menggunakan menggunakan alatan tajam (nnti kalau dah terluka tangan, sudahnya tak siap miniaturnya pula...)
Selepas dipotong dan ditebuk bahagian-bahagian yang perlu, penulis menyambungkannya dengan menggunakan gam UHU antara dinding atau sudut sehingga semakin jelas rupa model sebuah rumah.

Ketika ini, penulis sedang membuat rangka bumbung model rumah mini tersebut. (Hmm, ada ala-ala reka bentuk tradisional tak?)





BERSAMBUNG... Nantikan miniatur bahagian 2.

Ahad, 31 Julai 2011

Dunia Hari Ini

Aku melihat dunia hari ini
Orang Islam macam digenggam belenggu orang kafir
Akhirat mereka luput
Dunia pun tercicir
Budaya jahil tidak diambil peduli
Melampau-lampau dalam hiburan
Khayalan keterlaluan

Luas.....luas membanjir Teruk...
tak tertaksir orang yang karam
Barus, Singkel, Pasai, Ranir, Cordoba, Baghdad, Andalus
Hilang ....hilang ditelan zaman
Kita lupa semua jawapan persoalan kehidupan

Yang mahir dihafal
Mampukah kita nak jawab di depan Mungkar dan Nakir nanti?
Setengah-setengah orang kata,
sejarah ini ibarat pentas bermain wayang
Cerita-cerita lampau dihurai, dipanjang-panjang
Bila tamat diulang ....dan diulang ....ulang kembali

Kalau begitu,
takkanlah mustahil
Untuk giliran Islam pula yang mendatang
Tamadun kita yang lama dahulu yang indah gemilang
Hidup semula, kembali segar-bugar terbentang,
Di dunia yang luas.

Nukilan Sajak : Syed Naquib Al-Attas

Selamat datang Ya Ramadhan

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan..




Hari pertama Ramadhan,

Dengan jutaan kegembiraan dan teruja menaip entri ini... Penulis dengan lafaz kesyukuran dan rasa bertuah ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pembaca, ahli keluarga dan rakan-rakan seakidah yang dimuliakan...

Semoga Ramadhan yang penuh kemuliaan dan barakah ini dapat mengembalikan fitrah diri kita kepada yang Maha Esa dan bulan ini juga diharap lebih mendidik jiwa, hati, akal dan fizikal kita lebih tunduk dan tawaduk kepadaNya.

Mungkin sebelum ini rasa gundah, kita tukar mood gembira dan syukur, dalam urusan hubungan kita dengan Allah dan manusia,...

Mungkin sebelum ini ada yang masih longgar, kita kuatkan ikatannya,

Jika sebelum ini ada yang dilewat-lewatkan, kita istiqamah diawal-awalkan,

Jika sebelum ini ada yang dilalaikan dan dipandang sepi, kita mula titikberatkan,

Jika sebelum ini ada dirasakan berlompong, kita tampalkannya menjadi sempurna,

Jika sebelum ini ada yang bermasam mencuka, kita bina lebih banyak senyuman,

Jika sebelum ini kita rasa jauh dariNya, kita dekat-dekatkan dengan amal yang ikhlas dan tekal...

...Moga-moga kita dipermudahkan urusan dan di bawah pemeliharaanNya..Ameenn..


Subhanallah
, maha hebat ganjaran yang telah Dia tawarkan di dalam bulan yang mulia ini..

Alhamdulillah, dengan sifat kasih sayangNya masih lagi diberi kesihatan, kekuatan dan peluang hidup merasai Ramadhan tahun ini.. Semoga kita yang masih diberi peluang dan ruang ini tidak mensia-siakan tempoh ini..

Allahuakbar, dengan kebesaran dan keagunganNya memberi peluang sekali lagi kepada seluruh umatNya merasai Ramadhan alMubarak yang berlipat ganda segala amalan kebaikan.

Selawat ke atas junjungan mulia Rasulullah SallalahuAlaihiWasalam ke atas pengorbanannya mengenalkan seluruh umat manusia kepada Allah SWT dan seluruh keagunganNya. Akan kami ikuti ajaranmu sesungguh-sungguhnya dan sedaya kudrat kami...


Selamat berpuasa, berterawih, bertadarus, berqiamulail, barma'ruf, bermujahadah, beristiqamah, bertaqarrub dan meningkatkan ukhwah dan mahabbah di bulan yang mempunyai satu malam menyamai seribu bulan gandanya...

wasalam...

Selasa, 12 Julai 2011

7 Ciri-ciri hati mukmin yang sihat

Pertama
Jika seseorang itu tertinggal wiridnya dari Al-Quran atau zikrullah, atau sesuatu amalan ibadat yang lain, maka dia akan berasa seperti sakit yang tidak tertahan seolah-olah melebihi sakitnya daripada orang yang tamak dan kikir ketika barang kesayangannya hilang.

Kedua
seseorang itu sentiasa rindu untuk mengabdikan diri di jalan Allah seperti rindunya seseorang kepada orang yang amat disayangi.

Ketiga
Tujuan hidupnya hanya satu, iaitu taat kepada Allah SWT

Keempat
Bila seseorang itu sedang melakukan solat, maka hilanglah semua kegundahannya pada kenikmatan dunia yang sementara. Di dalam solat telah ia temukan kenikmatan dan kesejukan jiwa yang suci.

Kelima
Seseorang itu sangat menghargai waktu dan tidak mensia-siakannya, melebihi rasa kekhuatiran orang bakhil menjaga hartanya.

Keenam
Tidak pernah terputus dan malas dalam mengingati Allah.

Ketujuh
Lebih mengutamakan kepada pencapaian kualiti dalam sesuatu perbuatan dan amalan daripada kuantitinya. Lebih cenderung kepada keikhlasan beribadat. Kualiti lebih utama daripada kuantiti.

Empat jenis racun hati :
Berlebihan dalam berbicara.
Berlebihan dalam memandang.
Berlebihan dalam makan.
Berlebihan dalam bergaul.
Wallahu’alam.

Diambil dan diolah daripada sumber : http://peribadirasulullah.wordpress.com

Rabu, 6 Julai 2011

Cinta…Tidak Harus Memiliki

Kisah 1:

Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq. Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…

Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati. Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.

Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya. Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya. Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.

Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…

Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.

“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.

Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.

Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya. Saya datang untuk mewakilisaudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.

“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”. Tuan rumah memberi isyarat kea rah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.

“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya. “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”

Jelas sekali. Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!

Ya, memang mengejutkan dan ironi. Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman. Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.

“Allahu Akbar!!” seru Salman. “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”

Cinta memang tak harus memiliki…

Kisah 2:

Lelaki ini adalah sebaik-baik raja. Pemerintah selepas Khalifah Ali bin Abu Talib…
Hatinya bergetar dan ia tahu dia telah jatuh cinta.. Pada seorang muslimah solehah, iaitu rakyatnya sendiri

Tiada ada yang istimewa pada wanita itu dari segi kecantikannya. Namun itu lah yang membuatnya jatuh cinta.

Maka dengan kekuasaanya ia menikahi wanita itu…

Tapi dia tidak tahu yang dia tak pernah mampu menikahi hati wanita itu.

Wanita itu telah melatakan hatinya pada pemuda desanya….

Hingga di keheningan malam di 1/3 terakhir, terdengarlah olehnya bait-bait puisi dalam lantunan doa…. Tentang kerinduannya pada pemuda desa itu…

Dia sedar. Ini adalah deklarasi jiwa isterinya. “Aku Tak Mencintaimu”

Maka dengan berat hati. Dia menceraikan isterinya.

Lelaki ini adalah Muawiyyah bin Abu Sufyan. Duta pertama dari Rasulullah SAW yang datang dan melaporkan keadaan Kepulauan Nusantara kepada Nabi SAW

Cinta memang tak harus memiliki…

Kisah 3:

Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu..

Ia adalah lelaki soleh. Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah.. 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.

Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.

Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini.

Ia hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama….

Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.

Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal.

Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.

Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an”

Dan syahid di tiang gantungan. Sendiri!!! Tidak ada air mata, tidak ada kecupan, tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian!!

Lelaki ini adalah Sayyid Qutb.

Lelaki yang Allah Maha Tahu… Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit… Daripada wanita bumi….

Cinta memang tak harus memiliki…

Kisah 4:


Lelaki ini adalah Khalifah ke empat, setelah Usman bin Affan…
Dia memandang seorang budak perempuan. Di pelataran rumah seorang sahabatnya…
‘Aisyah binti Thalhah, nama gadis itu…
Maka teringatlah kembali kenangan tentang sahabatnya itu ….Thalhah..

Thalhah lah lelaki yang mengatakan pada perang Uhud..
“Khudz bidaamii hadzal yauum, hattaa tardhaa…”.“ Ya Allah, ambil darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha.” Tombak, pedang, dan panah yang menyerpih tubuh dibiarkannya, dipeluknya badan sang Nabi seolah tak rela seujung bulu pun terkena.

Tapi ia juga yang membuat Arasy Allah bergetar dengan perkataannya. Maka Allah menurunkan firmanNya kepada Sang Nabi dalam ayat 53 surat Al Ahzab.

Ini di sebabkan ketika Thalhah berbincang dengan ‘Aisyah, isteri sang Nabi, yang masih terhitung sepupunya.

Rasulullah datang, dan wajah beliau seperti tidak suka. Dengan isyarat, baginda SAW meminta ‘Aisyah masuk ke dalam bilik.

Wajah Thalhah merah. Ia undur diri bersama gumam dalam hati, “Beliau melarangku berbincang dengan ‘Aisyah. Tunggu saja, jika beliau telah diwafatkan Allah, takkan kubiarkan orang lain mendahuluiku melamar ‘Aisyah.”

Maka bergetarlah langit..
“Dan apabila kalian meminta suatu hajat kepada isteri Nabi itu, maka mintalah pada mereka dari balik hijab. Demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka. Kalian tiada boleh menyakiti Rasulullah dan tidak boleh menikahi isteri-isterinya sesudah wafatnya selama-lamanya.”
(QS Al Azhab 53)

Ketika ayat itu dibacakan padanya, Thalhah menangis. Dia lalu memerdekakan hambanya, menyumbangkan 10 untanya untuk jalan Allah, dan menunaikan haji dengan berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.

Kelak, tetap dengan penuh cinta dinamainya putri kecil yang disayanginya dengan nama ‘Aisyah.
‘Aisyah binti Thalhah. Wanita jelita yang kelak menjadi permata zamannya dengan kecantikan, kecerdasan, dan kecemerlangannya. Persis seperti ‘Aisyah binti Abu Bakar yang pernah dicintai Thalhah.

Cinta memang tak harus memiliki…

Pada Salman..
Pada Mu’awiyyah
Pada Sayyid Qutb

Pada Thalhah

Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu akan wanita yang engkau cintai itu…..!!

Engkau hanya punya doa dan ikhtiar. Selanjutnya biarlah Allah yang menentukan akhir kisah kita…..

Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta mereka..

Yang ada hanyalah air mata dalam doa-doa mereka. Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik.. Lebih dari segala-galanya. .Dibanding wanita itu…..

sumber : http://www.ataphijau.com

Isnin, 4 Julai 2011

PERKONGSIAN ILMU bersama Tuan Habiburrahman El-Shirazy (penulis novel Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih).

Objektif Perkongsian : Melahirkan penulis yang amanah dan kreatif dalam membangun jiwa manusia.



1- Bagaimana mahu memperoleh ilham yang banyak?
* Sebelum menulis, seseorang itu mesti mahu banyak membaca.
Ramai yang tidak bisa menulis kerana tiada ilham. Falsafah beliau, “Ilham seperti ikan di lautan. Kan banyak sekali. Penulis pula bak nelayan/pengail ikan. Ikan juga bisa berenang ke persisiran pantai. Tetapi bilangannya tentu sedikit sekali. Begitu juga ilham, kadang-kadang memang datang sendiri. Tetapi untuk memperoleh ilham yang banyak nelayan perlu berusaha untuk ke laut dalam. Justeru penulis mesti mahu menerokai ilham tersebut.”

2- Apakah cara yang terbaik untuk seseorang penulis melahirkan karya yang mampu dijiwai pembaca?
* Turutilah kesatunan laras bahasa ulama terdahulu.
Pelbagai masalah sosial yang berlaku pada hari ini merupakan pengulangan daripada zaman dahulu. Cuma, konteksnya sahaja yang berbeza. Jadinya ulama-ulama terdahulu telah menyentuhnya dengan laras yang halus dan mudah diterima oleh masyarakat pada zaman tersebut.

3- Jadi, apakah cara yang terbaik untuk penulis muda?
* Dekati masyarakat.
Ya, saya sendiri suka untuk mentadabbur alam dan situasi masyarakat untuk mencari ilham. Dengan cara kita duduk dalam masyarakat seperti menaiki kenderaan awam dan sebagainya, mata kita mampu melihat semuanya lalu dianalisis oleh otak.

4- Apakah sumber utama yang wajar dirujuk sebelum menulis?
* Sumber yang sudah menjadi kebiasaan kita.
Pertamanya, Al-Quran. Dengan cara mentadabbur Al-Quran sahaja kita akan peroleh banyak ilham dan petunjuk. Kemudian menjadikan Sunnah Rasulullah dan Para Sahabat untuk rawatan dan pendekatan terbaik. Sebagai contoh dalam masalah perceraian. Tindakan Khalifah Umar dalam memelihara perkahwinannya wajar menjadi panduan bagi si suami. Ketiganya rujuk peninggalan alim ulama yang begitu santun menangani masalah umat. Terakhirnya, melalui pemerhatian dan analisa terhadap masyarakat kini.

5- Masalah karya terhenti separuh jalan, apa solusinya?
* Penulis juga seperti engineer.
Sebelum membina gedung. Tentunya sudah siap satu grand design untuk menyiapkan satu bangunan. Berapa ukurannya? Bagaimana bentuknya? dan sebagainya. Sama juga seperti penulis, perlu ada big picture di awal proses menulis, pertengahan dan akhir ceritanya. Nasihat saya tulis sehingga habis kemudian kita berhak untuk menukar jalan ceritanya. Kita sudah ada matlamatnya. Seperti mahu berjalan-jalan atau bermusafir, destinasinya sudah ada, jalannyakan pelbagai.

Rabu, 22 Jun 2011

PENYAKIT UMAT-UMAT TERDAHULU...

Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :
”Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”.
Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?”
Nabi SAW menjawab, ” Penyakit-penyakit itu ialah:

(1) terlalu banyak seronok
(2) terlalu mewah
(3) menghimpun harta sebanyak mungkin
(4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia
(5) saling memarahi
(6) hasud menghasud sehingga zalim menzalim”.

Jom kita lihat situasi sekarang... banyak contoh bukan?? Boleh disenaraikan malah mungkin tidak cukup sehelai kertas untuk menyenaraikan contoh-contoh dan situasi umat pada hari ini.

Umat hari ini, membarahnya budaya hedonisme di dalam diri mereka, suka akan keseronokan yang melampau, teruja dengan artis dan perkaya yang melekakan...

Umat hari ini, sesetengah mereka hidupnya dilihat terlalu mewah, seolah tidak tahu di mana rezeki melimpah ruah hendak dibelanjakan. Wang dan harta dikumpul untuk bertanding sesama mereka, malah berlumba menjadi no.1 dalam senaraian Forbes! Yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin...

Umat hari ini, mereka tipu menipu dalam mengejar harta... tidak percaya? Lihatlah drama-drama di skrin anda? Tidak habis-habis menonjolkan cerita mengenai perebutan harta antara adik beradik, rakan dengan rakan bisnes.. Bukankah drama dan filem sebegini merupakan cerminan realiti masyarakat kini?

Umat hari ini, marahnya semakin membara tanpa sedikit pun tanda reda.. marahnya semakin sukar dipadam sehingga terkesan ke generasi-generasi seterusnya.

Umat hari ini, hasad dengki dengan menghasut menjadi tindakan terlazim. Fitnah berlaku di mana-mana dengan pelbagai cara dan medium yang lebih berpengaruh. Tidak takut dengan azab yang telah dijanjikan untuk para pemfitnah di hari kelak.

Ingatlah, di dunia kita telah banyak ketawa, bimbang pula kelak di akhirat sana tangisan air mata berdarah pula menjadi peneman paling setia! Bersama-sama kita mengambil pengajaran daripada yang telah disabdakan oleh nabi Muhammad tersayang kita..

Rujukan :http://peribadirasulullah.wordpress.com

6 Perkara membuktikan nilai kerohanian telah rosak

Zunun Al-Masri pernah berkata :
1- Malas melakukan perkara kebajikan.


2- Menuruti nasihat syaitan.


3- Tidak peduli atau sedar bahawa kematian sentiasa menunggu kita. Ingatlah malaikat maut sentiasa turun melihat wajah kita sebanyak 70 kali setiap hari!

4- Berhenti berusaha untuk mencari keredhaan Allah SWT dengan maksud untuk mencari keredhaan makhlukNya.

5- Tidak menghindarkan diri daripada terjatuh kepada perangkap hawa nafsu tetapi menghindarkan diri dari jalan orang-orang yang soleh dan tidak hidup secara dengan nabi dan para sahabat.

6- Menyatakan kesalahan para awliya' dengan niat untuk mengikuti jalan yang sesat dan tidak menyebut amal soleh para awliya'.

Rujukan :
Kitab Tazkirah Awliya'. m/s : 58. Diambil dan dipanjangkan dari laman : http://peribadirasulullah.wordpress.com

Ahad, 12 Jun 2011

Reading Share 3 : Sejarah Pemikiran 1




Reading Share kali ini penulis mahu kongsikan sebuah lagi buku yang bertajuk SEJARAH PEMIKIRAN 1 yang dikarang dan disusun oleh Sulaiman Nordin. Tidak pernah pula penulis jumpa buku ini dipasaran tetapi penulis tertarik untuk membelinya ketika menghadiri satu forum yang membahaskan isu pengharaman ESQ 165 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak lama dulu. Penulis tertarik dengan buku ini kerana isinya. Isinya luas! Lagipun, penulis lebih rasa ‘percaya’ kerana faktor-faktor yang penulis agak titikberatkan contohnya sumber rujukan dan latar ilmu pengarang tersebut selain isi yang diminati penulis. Dengan sumber rujukan yang banyak, latar ilmu dan pengalaman pengarang serta gaya presentasi sesuatu buku itu antara faktor-faktor yang mampu meyakinkan penulis untuk membaca seterusnya mengamalkan apa yang baik di dalamnya. InsyaAllah.. Jadi, kepada para penulis buku jangan pandang remeh aspek-aspek berkenaan (haha..!).

Sulaiman Nordin, penulis hampir tidak pernah mendengar nama ini. Namun yang menariknya mengenai penyusun buku ini ialah beliau pernah mendapatkan ijazah dalam bidang sains di Australia dan UK seterusnya ijazah pengajian Islam di Umm Al-Qura, Mekah. Dengan pendidikan formal yang dialami dari dua sistem pendidikan yang bertentangan ini ternyata dapat memberi satu pengalaman yang amat berharga mengenai kepelbagaian pemikiran dan fahaman yang wujud di dunia ini. Latar pendidikan beliau ini membolehkan Sulaiman Nordin mendokumentasikan secara lebih kritikal dan terperinci menurut perspektif beliau berdasarkan pengetahuan dan pengalaman seterusnya disampaikan dalam bentuk penulisan sebegini. Dengan penerbitan buku ini, pembaca akan disajikan dengan maklumat-maklumat yang cukup luas dan sejagat. Memandangkan keadaan dunia yang semakin kompleks untuk kita alami dan fahaminya, penulisan beliau ini akan memberi kefahaman yang lebih mendalam dan pandangan yang lebih luas tentang makna-makna peristiwa yang telah dan sedang berlaku di seluruh saentero.



Penulis mengandaikan buku ini sangat bermanfaat sebagai bacaan tambahan malah boleh dijadikan satu rujukan yang penting sebenarnya. Banyak jawapan yang mampu menyelesaikan ketidakjelasan sebelum ini. Baiklah, penulis bawakan bab yang pertama. Bab ini, pembaca akan dijelaskan tentang konsep ILMU. Ilmu daripada pandangan Islam yang menyentuh kedudukan ilmu itu, hirarki ilmu, ilmu dari aspek hukum dan sebagainya. Seterusnya bab kedua menyentuh tentang SAINS WAHYU. Selepas pengenalan, pembaca diceritakan tentang perbandingan kitab-kitab Allah, cara pembukuannya, Al Quran sebagai mukjizat, fungsinya dan isu yang berkaitan.
Bab-bab seterusnya ialah menyentuh zaman Renaisans secara keseluruhannya, teori-teori seperti teori karut Darwin dan konsep penting serta intipati teori tersebut. Selain itu konsep-konsep lain yang disentuh dan dibahaskan ialah seperti Sekularisme, Rationalsime, liberalisme dan sebagainya. Hal ini ditambah dengan isu dan peristiwa besar yang bersangkut paut dengan fahaman-fahaman tersebut serta terbitan-terbitan fahaman lain selepasnya dan akhir sekali pandangan Islam terhadapnya.

Buku yang mempunyai 499 halaman ini juga menjelaskan juga apa itu apa itu Gerakan Iluminiti dan Orde Baru Dunia, siapakah dan bagaimana rancangan mereka, mengenal kepada Zionisme dan sejarahnya serta perbandingan antara Islam dengan Kapitalisme, Sosialisme, Komunisme dan banyak lagi. Peperangan minda (Ideological Warfare) ini dijelaskan sejelas-jelasnya. Bab-bab lain pula menyentuh isu alam sekitar dan kajiannya sebagai contoh salah satu tajuknya ialah Lubang Ozon: Suatu Andaian atau Fakta Sains? Pembaca juga akan diperkenalkan dengan sistem kewangan sedunia, krisis mata wang, pinjaman riba sebagai alat memperhambakan manusia serta analisis mengenai hak asasi manusia dari kacamata barat. Namun pengarang tidak lupa meletakkan pandangan Islam mengenainya. Buku ini benar-benar mendedahkan misinformation yang telah lama wujud dalam kotak minda ramai orang. Tambahan yang lain, fahaman Syiah, agama Buddha dan Hindunisme. Menariknya lagi, terdapat soalan pemahaman di dalamnya sebagai pengukuhan pemahaman pembaca. Akhir kata, penulis menyarankan... BACALAH! Milikinya kerana maklumat yang cukup baik, malah penulis merasakan ianya sangat berbaloi walaupun dengan harga hanya RM15.00 sahaja! Selamat Membaca!

p/s : Buku Sejarah Pemikiran 2 telah menyusul keluar ke pasaran pada bulan Januari 2011 yang lalu.

Selasa, 7 Jun 2011

TREND ‘TAQRABU AZ-ZINA’ SEBELUM BERNIKAH ...

Analogi Harimau dan Nyamuk

Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!

Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus. Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.
Nggg!!!

Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.

Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?

Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang?

Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?

Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.



Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang.

Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati. Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.

عن الأغرَِِِبن يسار المزني رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلي الله عليه وسلم : (( يا أيها الناس، توبوا إلي الله واستغفروه ، فإني أتوب في اليوم مائة مرة))(58) ( رواه مسلم)
“Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah SAW bersabda:
”Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim)

Rasulullah SAW adalah manusia yang sentiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول: (( والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة))(57) ( رواه البخاري)

“Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:”Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali.”(HR.Bukhari)

Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, “Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan.” (Surah al-Isra’: 32).



Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

Sms tanpa urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.

Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.

Apa itu ikhtilat? Ikhtilat ialah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Dalam Islam, asal pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram, al-aslu fil ikhtilat haram.

Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia bukan dinamakan ikhtilat sebaliknya muamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.

Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.
Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.
Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya,

Dah makan ke?
Tengah buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa?
Dah tidur ke?

Adakah ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih tahu maksud dalaman.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.

Sabda Rasulullah SAW,
عن النواس بن سمعان عن النبي قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس )). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).

Cinta Fitnah
Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, “Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat.” (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).

Katanya lagi, “Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius.”

Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:

حبك للشئ يعمى ويصم (رواه أحمد)

“Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli.” (Riwayat Ahmad).

Soal cinta amat akrab dengan soal hati. Oleh sebab itulah hati perlu berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta dan sayang yang suci itu terheret menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota badan seperti lidah, tangan, kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.

Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang ‘berat-berat’ terus. Ia biasanya dimulai dengan yang ‘ringan-ringan’ dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.
Ingat pesan Nabi,

فالعين تزنى وزناها النظر
واللسان يزنى وزناه النطق
والرجل تزنى وزناها الخطى
واليد تزنى وزناها البطش
والقلب يهوى ويتمنى
والفرج يصدق ذلك أو يكذبه
(رواه مسلم والبخارى وأبو داود)

Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),
Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),
Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),
Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),
Hati itu berhawa dan berangan-angan,
Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

Remaja Yang Dikagumi Allah

Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali. Allah SWT mengingatkan kita,

الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين (الزخرف: 67)

“Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”

Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri. Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.

Sabda Rasulullah SAW,
 عجب ربك من الشاب ليست له صبوة (رواه أحمد)
 Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan. (Riwayat Ahmad)


SUMBER ARTIKEL: Blog Fatimah Syarha, Labels: SOAL CINTA

Jumaat, 3 Jun 2011

sakit cikgu..!



Paparan video di atas merupakan rakaman seorang guru di Mesir yang melepaskan geram kepada beberapa orang anak muridnya.. semoga penulis dan sahabat2 yang bakal menjadi pendidik tidak memperlakukan sedemikian rupa kelak. Mendidik dengan ikhlas dan penuh kesabaran mesti menjadi azam kita semua..Amin. Kerjaya mendidik yang mengenalkan manusia lain dengan ilmu dan penghayatan baik ilmu duniawi mahupun ukhrawi ini mudah-mudahan menjadi satu 'saham' yang menguntungkan kita apabila di akhirat kelak.

Selasa, 31 Mei 2011

Indahnya Ciptaanmu Slideshow

Indahnya Ciptaanmu Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Indahnya Ciptaanmu Slideshow ★ to Malaysia. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk (DDMM siri1)



Entri kali ini penulis mahu berkongsi sedikit pengalaman menyertai seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk siri 1 (DDMM SIRI 1) yang dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM Petaling Jaya secara bersama dengan IKRAM Subang Jaya. Seramai 60 peserta telah mengambil bahagian dan dikhabarkan pendaftaran sangat menggalakkan walaupun peruntukan tempat yang terhad. Alhamdulillah, penulis antara yang berkesempatan. 




Pada 15 Mei yang lalu, dengan lafaz Hamdalah penulis telah diberi peluang berkesempatan menghadiri sebuah program yang bermakna anjuran IKRAM cawangan Petaling Jaya (ikramPJ) di pejabat IKRAMPJ. Alhamdulillah, penulis bersama dua lagi sahabat didedahkan dan di’cerah’kan oleh tiga orang panel yang bukan calang-calang orangnya yang dijemput khas untuk program terbabit. Selepas pendaftaran peserta dan sarapan pagi, tepat jam 9.00 pagi bermulalah slot pertama dan kedua yang disampaikan oleh Akh Nicholas Sylvester yang juga ahli IKRAM lebih menjurus kepada penjelasan dan penerangan yang cukup teliti mengenai sejarah, struktur dan budaya serta amalan agama kristian. Muiqadimah penyampaian beliau dimulakan dengan sejarah dan latar belakang hidupnya mengenai sebelum dan selepas bergelar muslim. Banyak yang diperolehi penulis mengenai agama kristian yang sebelum ini hanya diketahui sedikit banyak melalui pembacaan sahaja.    

Slot seterusnya ialah berfokus kepada agama dan masyarakat Hindu yang disampaikan oleh Akh Kamarulzaman. Beliau menjelaskan mengenai kajian beliau mengenai sejarah dan struktu agama Hindu tersebut walaupun beliau sudah dilahirkan sebagai seorang muslim berketurunan India. Semangat mahu berdakwah yang tinggilah yang menggerakkan beliau untuk mengkaji agama Hindu yang sinonim dengan kaumnya. Satu fakta, agama ini mempunyai 330 juta tuhan! Banyaknya! Seingat sahabat penulis, beliau pernah memberi talk dalam satu program kerohanian di kampus kami suatu ketika dahulu. Akh Kamarulzaman juga merupakan ahli IKRAM daerah Hulu Langat. Penulis berpendapat seminar kali ini seakan-akan sebagai satu kuliah yang mengenalkan kita dengan kepelbagaian masyarakat dan agama seterusnya dikaitkan sedikit banyak disiplin ilmu perbandingan agama (comparative religion) secara asasnya. Sangat bermanfaat memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara multiracial.

Slot akhir ialah slot yang ditunggu-tunggu oleh penulis. Slot ini menampilkan seorang pendakwah berketurunan Cina yang sudah dikenali ramai. Beliau banyak bergerak dalam gerakan dakwah, menulis beberapa buku dan merupakan orang kuat kepada Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA). Beliau ialah saudara Ann Wan Seng! Rasa teruja juga penulis kerana sebelum ini pernah membaca beberapa buku karya beliau dan pada hari itu penulis berpeluang bersua muka dengannya. Peluang mesti diambil sebaik mungkin. Perkenalan dan bersua muka walaupun hanya sebentar antara penulis dan beliau setelah selesai slot akhir memberi banyak manfaat mengenai aktiviti dan pergerakan dakwah, pandangan dan harapan beliau. Tiba diakhir perbualan kami, ada satu soalan yang agak menarik telah diajukan oleh seorang akhwat peserta program tersebut. Soalannya berbunyi “Ustaz, dakwah yang bagaimanakah yang paling mudah kepada orang Cina?”  pertanyaan yang berserta kerutan dahi simbol keseriusannya disambut dengan gelakan kecil dan jawapan yang cukup mudah diberikan.. Ustaz menjawab, “Mudah saja, kahwin! Kahwinlah dengan orang Cina.” Jawapan beliau disambut ketawa kecil para peserta yang disekelilingnya. Namun, apa yang lebih penting beliau berkali-kali mengingatkan bahawa pendakwah dan orang Melayu sendiri perlu menampilkan akhlak yang terbaik, tunjukkan Islam mengajar dan mendidik manusia berakhlak mulia. Malangnya ramai yang tidak bersifat begitu lantaran kejahilan diri dalam menghayati Islam malah terus membuatkan Islam terfitnah dengan tindakan sebahagian umatnya. Wallahualam

Gambar-gambar dibawah yang sempat penulis rakamkan..

Akh Nicholas Sylvester sedang menyampaikan ceramahnya dan melayani peserta DDMM...


Slot seterusnya disampaikan oleh Akh Kamarulzaman...Ustaz Ann Wan Seng untuk slot terakhir. sempat juga beliau mempromosi dan menjual buku-bukunya. 'Setiap Kamu Adalah Pendakwah' merupakan buku yang sempat penulis dapatkan beserta tandatangan eksklusif daripada beliau.


Majlis penutup dirasmikan oleh Ustaz Fauzi selaku YDP IKRAM daerah Petaling Jaya. insyaAllah, program ini akan diadakan sekali lagi sebagai siri kedua pada lewat tahun ini. Siri kedua lebih kepada praktikaliti, yang membawa kepada peserta keluar menemui masyarakat dan bercerita mengenai ISLAM!

  
Takbir!! Allahuakbar!!