Sabtu, 26 Mac 2011

KETIKA CINTA BERTASBIH - RAMADHAN SPECIAL

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bersua kembali dalam laman ini.


Mungkin para pembaca pernah mendengar malah sudah menonton filem Ketka Cinta Bertasbih, filem yang diadaptasikan daripada sebuah novel Islam popular keluaran dari negara seberang, bukan? Intuition penulis mengatakan, kemunculan filem ini mungkin dapat mencipta satu fenomena yang cukup hangat dan mendapat sambutan yang amat baik di negara seberang, malah menjadi bualan dari seluruh lapisan masyarakat di sana. Cuma di Malaysia, penulis tidak merasa apa-apa (penulis pun tidak pasti bila dipasarkan di Malaysia, bagaimana sambutannya...publisiti kurang kot). Namun entri kali ini bukanlah penulis mahu menceritakan apatah lagi mengulas filem terbabit tetapi ...DRAMA! Drama?? Kenapa dengan drama? Penulis percaya pasti ramai yang sudah menonton filemnya tetapi mungkin masih ramai yang tidak tahu atau belum berpeluang menonton dramanya iaitu drama Ketika Cinta Bertasbih-Ramadhan Special (KCB-RS).

Gembira teramat penulis apabila seorang sahabat penulis memberitahu bahawa KCB telah mengeluarkan versi drama! Sangkaan penulis mungkin versi drama KCB ini adalah sebuah cerita yang dipanjangkan daripada filemnya (seperti yang sering berlaku pada filem-filem tempatan). Rupanya tidak! Drama KCB-RS ini merupakan sambungan daripada dua siri filem KCB.  Drama yang mempunyai puluhan episode ini telah menemui penonton Indonesia di kaca televisyen ketika sebelum dan ketika bulan Ramadhan tahun lalu. Setakat ini, penayangan di Malaysia penulis tidak ada dengar-dengar pula.


(Lima finalis ujibakat pencarian pelakon untuk filem KCB yang telah menjadi tonggak kepada kejayaan filem KCB. Semoga sentiasa sukses kepada kalian semua!) 

Dalam drama ini, penulis dan penonton akan dipertemukan lebih ramai pelakon tambahan yang memegang watak-watak baharu yang tidak ada di dalam filem. Sebagai contoh, kehadiran pelakon lelaki yang tidak asing lagi dalam drama-drama terkenal Indonesia iaitu Dude Harlino memegang watak sebagai seorang tenaga pengajar di pesantren Darul Quran yang diselia oleh keluarga Kiyai Lutfi yang bernama ustaz Alias. Watak lain seperti Aprilia dan Fina juga diperkenalkan. Pelakon Yasmine Wildblood memegang watak Ustazah Konithah. Tonggak utama yang digalas oleh Kholidi Asadil Alam sebagai Abdullah Khairul Azam masih dikekalkan. Begitu juga... 

watak Ana yang dibawakan oleh Oki Setiana Dewi...


...watak Husna (Media Sefira) dan Lia (Rahmi Nurullina) serta Furqan (A. Asryl Rahman Putra) masih pelakon yang asal. Cuma watak adik bongsu Azam iaitu Sara diganti oleh pelakon cilik yang lain.  Dan yang paling penting.. Ustaz Habiburrahman El Shirazy! menampakkan dirinya dengan lebih kerap berbanding di dalam filem.

Latar tempat drama ini dilihat sudah 100% di Indonesia dan bukannya di Mesir lagi (ye lah Azam sudah tamat belajar, tibalah waktunya dia pulang ke tanah air untuk berbakti..) setiap episodnya penuh dengan pelbagai cerita suka duka yang telah dilalui oleh mereka sebagai pendakwah, murabbi kepada masyarakat. Penulis akui memang terdapat banyak perkara yang penulis belajar, terasa terisi rohani penulis walaupun hanya menatap skrin untuk beberapa sekian waktu. Pelbagai ilmu diperoleh misalnya sebelum ini ada beberapa hadis Rasulullah yang kurang penulis faham tetapi dengan drama ini, ia menjelaskan sesuatu hadis itu dengan hanya menampilkan situasi dan hujahnya melalui dialog-dialog pelakon drama ini. Terasa seolah-olah berada di dalam kuliah ilmu. Tertarik dengan caranya!

Antara babak di dalam drama KCB-RS...

Kepada sesiapa yang belum menonton, penulis syor tontonlah. InsyaAllah banyak perkara bermanfaat yang akan diperoleh. Sekian, sampai di sini. Selamat menonton dan wasalam...

Rabu, 16 Mac 2011

Non-Muslim memecah Muslimin utk cegah KHILAFAH



Pada entri kali ini, penulis ingin berkongsi mengenai satu pencerahan yang disampaikan oleh Sheikh Khalid Yassin. lihat dan dengarlah penjelasan beliau mengenali usaha jahat dan tanggapan Barat terhadap Islam. Hujah beliau membuktikan sememangnya Barat & sekutunya cukup bimbang jika sistem Khilafah tertegak kembali. Tetapi sesungguhnya Allah lah maha penguasa/pencatur dunia! Sistem khilafah dan kemenangan Islam pasti muncul! Kebenaran pasti tertegak dan pastinya kebatilan menuju keruntuhan secara total! Pastikan kita termasuk orang2 yang membantu mengembalikan sistem Khilafah ini dengan.... (sama2 kita koreksi apa yang boleh/telah kita sumbangkan pada agama Allah ketika ini.) Wassalam...