Isnin, 23 Mac 2020

comeback!!!


Assalamualaikum guysss..

              Selawat dan Salam kepada Baginda Rasullulah SAW yang kita cintai. Semoga di awal dan akhir kehidupan kita semua sentiasa dalam landasan yang lurus mengikut ajaran Baginda SAW. Aamiiinnn Ya Rabb.

              Baiklah, pada tarikh hari ini 23 Mac 2020 bersamaan 28 Rejab 1441H.. Saya mulakan dengan lafaz basmalah menghidupkan semula blog ini. ibarat orang kata 'comeback' lah hahaha.. Dengan nama baharu serta sedikit berbeza tujuan perkongsiannya berbanding posting-posting terdahulu.

............dan hari merupakan hari ke-5 perintah kawalan pergerakkan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak atau virus COVID-19 ni. Setakat jam ini, Malaysia sudah mencatatkan 11 kematian! Allahuu semoga Engkau memberi kekuatan kepada kami untuk  menghadapi ujianMu kali ini. insyaAllah, posting pertama akan menyusul pada hari esok. Moga dipermudahkan!

Jumaat, 8 Jun 2012

JURNAL MUHASABAH : 'IZINKAN DIRIMU'

MELEPASKAN HAMBATAN2 YANG ADA DI DALAM DIRIMU MEMBEBASKAN DIRIMU DARI PENJARA2 YANG DIBINA OLEH DIRIMU SENDIRI DEMI MERAIH SEBUAH KEBEBASAN MUTLAK HANYA CINTANYA DI HATIMU

 

 8 Jun 2012 : Ini adalah sebuah JURNAL MUHASABAH... Dengan namaMu ya Rabb yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Tarik nafas dalam2 dan lepaskan….Sedari dan syukuri pernafasan anda. Setiap kali anda menarif nafas, bayangkan anda menarik energi positif yg memberi rasa segar, damai dan relaks ke seluruh diri anda. Bila anda lepaskan nafas, bayangkan anda mengeluarkan rasa tertekan, keletihan, kebosanan dan kemalasan dari diri anda. Ulang2kan beberapa kali dan setiap kali anda lakukannya, anda semakin rasa tenang, damai dan relaks. Anda bayangkan ini ialah amanat/pesanan penting dari seorang insan yg menyayangi dirimu, yang sedang duduk berhadapan denganmu, yang sedang berbicara dan mengajakmu bersama2nya mengorak langkah, yang hanya ingin melihat, membantu dan membimbingmu saling memegang erat tanganmu agar dirimu berjaya, bahagia dan dapat terbang bebas sebebasnya dari sebarang keterikatan dan kebergantungan kepada yang lain selain DIA. Sahabat2 yang dikasihi, Jom sahabat, kita TAKE CHARGE untuk terus melangkah dengan keputusan yang tidak berbelah bagi untuk BERJAYA dan BAHAGIA dengan berjuang berhabis2an melaksanakan misi 'rahmatan lil 'alamin' agar dapat menuju ultimate vision kita iaitu 'total freedom', bebas daripada perhambaan manusia, nasib, suasana, sistem dan sebagainya. Bagi yg masih teragak2, buat keputusan sekarang di saat ini dan mulakan melangkah dgn menggenggam ultimate success formula iatu 1/0=infiniti. Faham formula ini? angka 1 itu merujuk kepada Allah dan angka 0 itulah kita sebagai hambaNya yang tiada daya upaya melainkan keizinan bantuanNya. ‘infiniti’ itulah bantuanNya tanpa putus sebab Dia tiada terbatas kuasanya. Malangnya ramai umat kini sangat bergantung penuh kepada kudrat dan effortnya sahaja, tawakalnya sedikit sahaja. Oleh itu sahabat-sahabat, kita perlu bersedia di saat ini dengan penuh kerelaan, keberanian dan sebuah keyakinan yang mantap untuk melepaskan segala hambatan2 yg ada satu persatu dan mengenepikan hal2 yg kita sangat sukai tetapi tidak membawa kpd meraih impian dan misi yg agung dan mulia itu. a. Berlatih dengan gigih untuk membebaskan diri kita dari kemalasan, kesedihan, ketidaktenangan, rasa kekurangan, rasa ketidakcukupan, kebosanan, limitasi2, kebuntuan dan rasa tidak percaya diri yg kita telah bina sendiri di minda sendiri. b. Terus berlatih mulai saat ini utk membebaskan dan mengucapkan selamat tinggal kpd hal2 yg negatif, hal2 yg memberi keseronokan sementara dan hal2 yg hanya bersifat sementara. Adakah kita menyedari bahawa pencarian kita di luar diri kita samada ianya berbentuk keseronokan, kegembiraan, kebahagiaan dan kepuasan yang khususnya bersifat fizikal dan material itu hanyalah untuk mengisi kekosongan, kesunyian dan ketidakpuasan yang ada di dalam diri kita?. Adakah kita menyedari apa yang kita kejarkan itu hanya memberi kegembiraan, kepuasan dan mengisi kekosongan hanya untuk sementara waktu?. Adakah kita pernah terfikir apa akan berlaku pada diri kita jika semua itu berlalu, musnah, hilang dan diambil semula dari hidup kita?. Adakah kita pernah fikirkan bahawa di saat2 kita menemui dan memiliki apa yang kita kejar2kan dan impi2kan dengan segala kepayahan itu, rupa2nya bukan itu yang kita inginkan?. Adakah kita pernah bayangkan suatu hari nanti tetiba tempat pergantungan kita selama ini patah atau hilang untuk selama2nya?. Pernahkah kita gambarkan suatu hari nanti orang2 dan barang2 kepunyaan yang kita miliki yang sangat kita cintai itu pergi dan lenyap dari pandangan kita?. Dan adakah kita memahami bahawa jawapan dan solusinya ada berada jauh di dalam dirimu? c. Berlatih dengan konsisten dan penuh ketakalan untuk membebaskan diri kita dari keegoan, kesombongan dan bangga diri dengan rasa cukup dengan apa yg ada samada ilmu, kemahiran dan kebolehan yang membawa kepada perasaan riak, takabbur, sombong dan mementingkan diri sendiri agar terus selesa di comfort zone yang ada. d. Bebaskan diri kita dengan penuh kesabaran dari hambatan2 untuk meraih kejayaan seorang diri hanya untuk diri sendiri; nak berjaya sendiri dan nak bahagia sendiri tanpa berkongsi dgn orang lain. Bebaskan program 'win-lose' tetapi genggam erat2 program 'win-win' dlm apa jua yg kita lakukan. Terus sebarkan dan berkongsi energi2 positif, energi kegembiraan, energi kejayaan dan energi keberlimpahan pada orang-orang yang kita sayangi dan kepada seluruh alam semesta ini dari hal2 yang kecil2 sehingga hal2 yang besar2. e. Bebaskan diri kita menjadi ‘hamba kepada DIA dengan syarat’, bebaskan diri kita menjadi ‘muslim yg komited dgn islam as a way of life dengan syarat’ dan bebaskan diri kita ‘memberi kasih sayang dan apa jua yg kita miliki dengan syarat’. Bebaskan diri kita dari syarat2 yang anda tetapkannya sendiri. Terus berlatih membebaskan diri dari hal2 yg besar2 maupun hal2 yg kecil2. Terus berlatih menanamkan dlm diri 'apa yg baik di sisiNYA, itulah yg baik di sisiku dan apa yg tidak disukaiNYA, itulah yg tidak disukai olehku". f. Berlatih dan terus berlatih untuk membebaskan diri kita dari sikap bertangguh2 kerana merasai masih selamat kerana kematian itu masih jauh lagi, merasai umur kita masih panjang dan anak2 masih memiliki banyak waktu lagi. Bebaskan diri anak2 dari bertangguh2 dlm hal2 yg kecil2 maupun hal2 yg besar2. Muhammad AlFateh berjaya menakluki kota Konstantinopel ketika berusia tahun awal 20-an, bukankah ramai di kalangan kita sedang dan sudah melepasi usia itu?. Bukankah dalam usia remaja lagi, Muhammad AlFateh telah sempurna solatnya, tahajjudnya dan sunat rawatibnya?. Wajarkah lagi kita memberi masa lebih banyak lagi untuk bertangguh-tangguh, bermalas-malas, berehat-rehat dan selesa dengan tahap pencapaian yg kita ada sekarang?. g. Bebaskan dirimu dari hal2 yg mengganggu dirimu dan menghalang dirimu dari terus melangkah menuju success dan happiness sama ada menimba ilmu-ilmu yang berkaitan, memperlengkapkan diri dengan kemahiran2 yg sangat diperlukan dan membentuk tabiat/karakter orang yang berjaya dan bahagia. Bagaimana mungkin untuk kita mengorak langkah menuju success dan happiness apatah lagi untuk melakar dan meraih impian2 besar dgn misi yg agung meraih cinta Ilahi, tanpa ilmu 'the art and science of success n happiness', tanpa kemahiran2 dan memiliki practical tools untuk menuju ke sana dan tanpa tabiat2/karakter org2 yg berjaya yg meraih syurga spt Rasulullah saw, para sahabat, Sallahuddin Al Ayubi, Tariq bin Ziyad dan Muhammad Al Fateh?. Bagaimana mungkin kita boleh melakar dan meraih impian menjadi tentera2 AlFateh jika kita pernah kenal, tidak mengkaji, tidak menguasai dan tidak menjiwai karakter al Fateh?. Bagaimana mungkin kita mahu melakar sejarah besar jika tidak ada persiapan2 rapi di atas, tidak sanggup utk keluar dari comfort zone kita dan tidak bersedia melepaskan hambatan2 yg ada terutama hambatan2 yg ada dalam diri kita sendiri?. Bagaimana mungkin untuk kita berjaya di dunia ini tanpa kita mengenali, mengkaji dan mengikuti langkah demi langkah orang-orang yang mengecapi kejayaan demi kejayaan?. Wah...bila lagi kita nak benar2 bersedia dan bermula?. Tidak cukup besar dan berharga sebuah kebebasan 'total freedom' buat kita?. Tidak cukup besar dan bernilainya sebuah 'cinta dan kasih sayang' Pencipta kpd kita?. Tidak cukup mulia kita menjadi umat pilihan dan ummat Muhammad saw?. Tidak cukup kenikmatan2 yg menanti kita di syurga nanti?. Masih teragak2 utk kita melepaskan hal2 yg melambatkan dan mengganggu kita melangkah dan melakukan persiapan2 rapi menuju redha Ilahi dan mendapat kejayaan, kebahagiaan dan keseronokan yg abadi dan hakiki?. Masih bersenang2 dan mampu kita berlengah2 lagi terbang bebas sebebas2nya dari keterikatan, kebergantungan dan perhambaan terhadap nafsu kita sendiri dan orang lain yg sebenarnya terlalu kerdil, hina dan tidak memiliki apa2 pun kecuali apa yg dipinjamkan oleh DIA?. Begitu besarkah nilai wang ringgit kita kalau dibandingkan dgn ilmu, kemahiran dan tabiat yg kita perolehi?. Rasa terlalu mahalkah masa dan tenaga yg kita sediakan utk mempelajari dan berlatih apa yg kita pelolehi?. Masih berkira2 lagi utk kita serahkan fizikal, spiritual, mental dan emosional utk meraih sebuah kebebasan, kejayaan dan kebahagiaan yg hakiki yg sebenarnya tanpa kita mengeluarkan apa2 pun yg kita miliki?. Bukankah semuanya bersumberkan dari Allah yang telah menyediakan dan mempersiapkan segalanya utk kita?. Bukankah semuanya percuma belaka dan semua yg kita miliki dan perlukan adalah milik DIA sebenar2nya?. Sahabat2, hanya mereka yang tidak memiliki apa2 dan miskin sebenar2nya yang akan berkejar2 dan berlumba2 untuk memenangi pertandingan2 di luar sana…mereka berlumba2 untuk memenangi hati orang lain dan mengharapkan penghargaan serta pertolongan malah meletakkan pergantungan kepada orang lain. Mereka berlumba2 mencari ketenangan dan kegembiraan di luar sana. Mereka juga takut memberi dan berkongsi apa yang mereka miliki kerana mereka rasa apa yang mereka miliki itu tidak mencukupi dan berkurangan apabila memberi atau berkongsi dengan orang lain. Bukankah itu kemiskinan dan ketakutan yang sebenarnya?. Bukankah itu kehidupan yang serugi2nya dan semalang2nya?. Masih tidak sedarkah kita bahawa lautan kasih sayang, kekayaan, kedamaian dan keberlimpahan yang kita kejar2kan di luar sana sebenarnya berada di dalam diri kita sendiri?. Mungkin terlintas di fikiran kita dan kita bukan tidak menyedari dan tidak mahu berubah tetapi kita memang tak ada sumber2 itu, memang tiada duit dan masa, memang tiada kemampuan, memang tiada segala2nya utk melakukannya jadi macam mana kita nak bermula?’. Berkemungkinan kita menyedari bahawa di hadapan kita ada banyak cara, jalan dan pilihan samada yang kita tahu atau yang diajarkan kepada kita, tetapi kita rasa kita tidak mampu dan tidak tahu bagaimana untuk mula melakukannya. Tanyakan diri kita dengan penuh kejujuran, adakah aku tidak tahu atau tidak mampu atau adakah sebenarnya aku tidak mahu melakukannya?. Adakah semua itu hanya alasan yg diberikan oleh nafsu bukan akal dan hati kita?. Teruskan bertanya dan melontar soalan-soalan itu kepada diri kita, adakah kita benar2 tidak memilikinya atau kita sebenarnya 'tidak mahu' melakukannya?. Adakah kerana kita tidak tahu atau kerana kita lupa akan siapa diri kita, untuk apa kita lahir ke dunia dan ke mana kita harus pulang akhirnya?. Masih ragu2 dan masih perlu masa yg lebih banyak lagi untuk kita membuat pilihan dan keputusan serta menggenggam impian kita sehingga menjadi bara api? Jom kita fikir-fikir dan sembang2kan....

Sabtu, 26 Mei 2012

TEKNIK VISUALISASI DALAM MENJALANI KEHIDUPAN SETIAP MASA

Syukur Alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi kali ini, hari ini nak kongsikan sesuatu setelah datang sebuah program yang AWESOME!harap sabar membaca bahan yang menarik ini... VISUALISASI ( CREATIVE VISUALIZATION) Apakah itu visualisasi? Ini adalah satu teknik yang hebat yang anda boleh amalkan setiap hari untuk mencapai matlamat kita. Seorang pakar motivasi yag terkenal di Malaysia mengenakan bayaran RM300 hanya untuk mengajar teknik visualisasi. Setiap kali beliau menganjurkan seminar, lebih dari 100 orang akan mengikut seminar beliau. Jadi saya harap anda tidak akan mensia – siakan ilmu teknik visualisasi ini hanya kerana anda memperolehinya secara percuma. Amalkannya setiap hari. Luangkan masa setiap hari selama 5 minit ( sekurang – kurangnya ) untuk melakukan teknik visualisasi. Anda juga boleh melakukannya semasa menunggu di bank, pejabat pos, menunggu bas atau menjadi penumpang dalam kereta atau pengangkutan awam dan sebagainya. Jika anda hendak mengubah hidup anda, anda mestilah lakukan dua teknik ini iaitu meditasi dan visualisasi setiap hari. Saya akan berkongsi lebih banyak teknik dalam blog matlamat (insya Allah) Visualisasi merupakan teknik yang seboleh bolehnya mesti diamalkan setiap hari. Lebih bagus jika anda dapat bermeditasi setiap hari. Baiklah . Marilah kita lihat bagaimana kita hendak melakukan teknik visualisasi. TEKNIK VISUALISASI 1.Pilih satu matlamat. Saya akan menerangkan bagaimana hendak memilih matlamat dalam blog mengenai matlamat. 2. Dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh tentang matlamat anda . 3.Katakan anda memilih untuk membeli sebuah kereta. Maka anda mestilah memilih dan mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh tentang kereta idaman anda a) Model kereta BMW / Mercedes Benz/ Volvo / Toyota Camry / Perdana dan sebagainya b) Warna kereta idaman anda c) Model yang anda kehendaki contohnya BMW 7 series d) Dapatkan lebih banyak maklumat seberapa banyak yang anda boleh seperti warna tempat duduk , rupa dalaman kereta dan sebagainya e) Jika boleh lawatlah tempat menjual kereta idaman anda. Ambillah katalog kereta idaman anda ( yang mempunyai gambar kereta idaman anda) atau ambil gambar anda disamping kereta idaman anda.Ini akan memudahkan teknik visualisasi anda . Gambar ini akan diperlukan juga dalam teknik lain yang akan saya terangkan dalam blog matlamat. ( insya Allah) f) Ujipandu kereta idaman anda jika boleh. Katakan anda hendak memilih untuk memiliki sebuah rumah . Pilihlah segala maklumat mengenai rumah idaman anda a) Jenis rumah banglo/ semi d/ teres / kondominium atau pangsapuri b) Kemudian bayangkan anda berjalan menuju kerumah idaman anda. c) Apakah warna dan bentuk pintu luar ( gate ) anda? d) Masuk kedalam halaman rumah idaman anda. Jika anda ada taman diluar rumah anda, maka bagaimanakah bentuk taman anda? Apakah tanaman dan hiasan yang ada ditaman anda e) Sekarang masuklah kedalam rumah idaman anda. f) Bagaimana rupa ruang tamu anda? i) Apakah perabut dan alatan elektrik diruang tamu anda? ii) Bagaimana susunan perabut dan alatan elektrikdiruang tamu anda? iii) Apakah warna dinding ? Anda boleh fikirkan seberapa banyak maklumat tentang matlamat anda Lebih banyak maklumat anda fikirkan , lebih bagus. g) Seterusnya pergilah keruang dapur , bilik tidur dan sebagainya Ulangi langkah i) hingga iii) 3.SEKARANG BAYANGKAN SAHAJA MATLAMAT ANDA TADI SETIAP HARI. Itu sahaja. Mudahkan? Jika anda mempunyai lebih dari satu matlamat, bayangkan matlamat anda satu demi satu. 4 Pastikan matlamat yang anda bayangkan tadi adalah sama setiap hari. Janganlah bayangkan kereta BMW hari ini dan kereta Mercedes pada esok hari. Bayangkan kereta yang sama setiap hari. Jika anda hendak menukar matlamat tadi contohnya dari kereta BMW ke Mercedes maka kita boleh berbuat demikian . Tetapi ini akan mengelirukan Minda Bawah Sedar dan akan melambatkan kita mencapai matlamat tadi. Lebih baik kita memilih satu matlamat kita dan mengekalkan setiap matlamat kita sehingga tercapai. Saya akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang cara memilih matlamat dalam blog matlamat. 5. Anda mesti membayangkan seolah – olah anda SUDAH MENCAPAI MATLAMAT ANDA. Ini adalah sangat penting. Jika matlamat anda adalah memiliki sebuah kereta , maka bayangkan anda sedangkan memandu kereta tersebut Jika matlamat anda adalah memiliki sebuah rumah idaman anda , maka bayangkan anda berada dalam rumah idaman anda Jika anda hendakkan pasangan hidup idaman, bayangkan anda sedang bersanding dengan pasangan tadi. Begitulah seterusnya. 6. VIDEO Bayangkan matlamat tadi seperti sebuah video iaitu seperti sebuah gambar yang BERGERAK bukannya sebuah gambar yang kaku. . 7 EMOSI. Seelok eloknya anda mestilah rasa gembira apabila melakukan teknik visualisasi . Buatlah apa sahaja untuk membuat rasa gembira semasa melakukan visualisasi. Contoh Apabila membayangkan kereta idaman anda, bayangkan anda sedang memandu kereta idaman dan pasangan anda dan anak – anak anda sedang berada dalam kereta tersebut. Atau bayangkan orang lain yang anda sayangi berada bersama anda dalam kereta anda. Apabila anda membayangkan rumah idaman , bayangkan anak- anak anda sedang bermain dirumah , anda sedang berbual dengan pasangan anda, anda menerima kunjungan dari orang yang anda sayangi seperti ibubapa, adikberadik atau rakan. Anda boleh menggunakan teknik visualisasi untuk semua matlamat anda seperti memilih pasangan hidup idaman anda, kesihatan yang baik dan bentuk badan idaman anda atau apa sahaja matlamat anda. PERHATIAN : TEKNIK VISUALISASI MESTILAH DIGUNAKAN UNTUK KEBAIKAN SAHAJA. SAYA TIDAK MENGIZINKAN DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB JIKA IANYA DIGUNAKAN UNTUK PERKARA YANG TIDAK BAIK. SESIAPA YANG MENGGUNAKANNYA UNTUK PERKARA YANG TIDAK BAIK MESTILAH MENANGGUNG AKIBATNYA ( HUKUM TINDAKAN DAN TINDAKBALAS) TEKNIK VISUALISASI UNTUK MENCARI PASANGAN HIDUP IDEAL 1.Bagi mereka yang belum mempunyai teman hidup, teknik visualisasi boleh digunakan untuk mencari teman hidup idaman. Seseorang itu boleh memilih seorang teman hidup yang sesuai dan kemudian melakukan teknik visualisasi . Tetapi seseorang tidak dapat mengetahui samada orang itu sesuai atau tidak untuknya . Hanya Allah ( tuhan ) sahaja yang tahu samada seseorang itu sesuai atau tidak. Lebih baik jika seseorang itu memilih sifat - sifat yang perlu ada pada pasangan seperti solih atau solihah, baik budi pekertinya, bertolak ansur, menyayangi pasangan atau sifat - sifat lain yang dirasakan perlu. Kemudian lakukan teknik visualisasi setiap hari ,sehingga matlamat tercapai. 2. Bayangkan seolah - olah matlamat tadi sudah tercapai. Contohnya bayangkan sedang bersanding dengan pasangan. 3. Bayangkan sebuah gambar bergerak seperti video dan bukannya gambar kaku. 4.Emosi mesti gembira. Jika emosi tidak gembira, lakukan terus visualisasi sehingga menjadi gembira atau lakukan teknik EFT( Emotional Freedom Technique) yang akan saya kongsi di blog kemudian. Emosi negatif seperti takut, sedih dan gementar berpunca dari kepercayaan negatif ( kepercayaan mengongkong )contohnya semua lelaki ( atau wanita) adalah jahat, saya sukar mendapat pasangan hidup yang sesuai dan sebagainya. Kepercayaan negatif yang palsulah inilah yang menyebabkan sukar mendapat pasangan tadi ( lihat blog mengenai kepercayaan mengongkong). Teknik visualisasi dan lebih berkesan lagi teknik EFT boleh memecahkan kepercayaan negatif tadi dan mendatangkan hasil yang cepat. Amalkan teknik ini setiap hari sehingga matlamat tercapai. Satu perkara yang amat penting semasa melakukan teknik visualisasi adalah jangan risau bagaimana dan bila pasangan itu akan sampai. Bagaimana dan bila akan ditentukan oleh Allah (tuhan ). Kita tidak perlu risau mengenainya Begitu juga bila melakukan teknik visualisasi untuk apa - apa matlamat pun, jangan risau tentang bagaimana dan bila matlamat itu akan tercapai. Allah ( tuhan) mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk matlamat itu untuk tercapai. TIP UNTUK TEKNIK VISUALISASI 1.Luangkan masa setiap hari sekurang – kurangnya 5 minit untuk untuk teknik visualisasi. 2. Tetapkan satu masa yang tetap setiap hari untuk teknik visualisasi. Contohnya lepas sembahyang Isyak setiap hari. 3 Jika ‘tiada masa’ kurangkan masa anda menonton tv atau membaca suratkhabar atau berborak kosong dengan kawan . Teknik Visualisasi digunakan dengan meluas oleh ahli – ahli sukan yang terkenal dengan meluas . Contohnya Tiger Woods yang merupakan pemain golf yang terkenal. Dia selalu membayangkan apa yang dia kehendaki sebelum memukul bola golf. Tidak hairanlah dia merupakan seorang yang sangat berjaya dibidang golf. Begitu juga ramai pelakon yang yang terkenal termasuk pemenang anugerah Oscar menggunkan teknik visualisasi. Mereka akan membayangkan diri mereka memenangi anugerah ini berkali – kali. Akhirnya mereka akan betul - betul memenanginya. Ramai pakar motivasi yang mengatakan bahawa teknik visualisasi sahaja sudah memadai untuk membawa kejayaan. Adakah ini benar? SUDAH TENTU TIDAK. SELEPAS MELAKUKAN VISUALISASI ,KITA MESTILAH BERTINDAK UNTUK MENCAPAI MATLAMAT KITA Jika kita masih perlu bertindak , apakah gunanya teknik visualisasi? Dengan mengamalkan teknik visualisasi, anda akan mendapati jauh lebih mudah untuk mencapai matlamat tadi. Apabila menggunakan teknik visualisasi , maka kita akan dapat 1. MENGHANCURKAN KEPERCAYAAN MENGONGKONG yang menghalang kita dari mencapai kejayaan. ( lihat blog mengenai kepercayaan mengongkong ) 2.MENDAPAT PANDUAN DAN ILHAM dari Allah (Tuhan) untuk mencapai matlamat tadi. Maka kita PERLU BERTINDAK berdasarkan panduan dan ilham ( intuisi) tadi. MEDITASI akan memudahkan lagi kita mendapat panduan dan ilham tadi. Jika kita TIDAK BERTINDAK berpandukan panduan dan ilham tadi , maka teknik visualisasi tadi tidak ubah seperti ANGAN – ANGAN MAT JENIN sahaja. BOLEHKAN KITA BERJAYA JIKA KITA MENGAMBIL TINDAKAN SAHAJA TANPA TEKNIK VISUALISASI? Sudah tentu boleh. Tetapi tanpa teknik visualisasi, anda akan menghadapi banyak rintangan untuk mencapai matlamat tadi. Ini serupalah seperti berbasikal dari Kuala Lumpur ke Singapura. Sudah tentu orang tadi boleh sampai ke Singapura. Tetapi orang itu akan kepenatan apabila sampai di Singapura nanti. Mencapai matlamat adalah jauh lebih senang jika anda menggunakan teknik visualisasi . Anda seperti seolah memandu kereta melalui lebuhraya dari Kuala Lumpur ke Singapura. Sudah tentu anda yang memandu kereta tadi akan sampai di Singapura dengan lebih cepat dan tanpa banyak masalah berbanding dengan orang yang berbasikal tadi. Disamping melakukan teknik visualisasi , jangan lupa untuk mengamalkan apa yang saya kongsi sebelum ini seperti 1) menjaga EMOSI supaya SENTIASA POSITIF 2) sentiasa BERSYUKUR dengan apa yang anda ada SEKARANG. Contohnya jika hendakkan kereta idaman , maka bersyukurlah dengan kereta yang anda ada sekarang . Buatlah teknik visualisasi untuk kereta baru. Maka kereta baru akan diperolehi dengan senang. Jika tiada kereta. maka bersyukurlah dengan apa yang anda ada seperti motosikal atau apa sahaja. ( lihat blog kesyukuran) 3) Tumpukan perhatian pada apa yang ANDA HENDAK ( rujuk blog menumpukan perhatian pada apa yang anda hendak) 4) Tumpukan perhatian pada perkara yang positif dalam hidup anda (rujuk blog menumpu perhatian pada perkara positif) 5) Bergembiralah melihat kejayaan orang lain 6) Keluarkanlah ZAKAT DAN BANTULAH ORANG YANG SUSAH DAN ANAK YATIM ( rujuk blog Kebajikan – Hukum Tindakan dan Tindakbalas) Maka apa yang anda visualisasikan tadi akan tercapai dengan cepat TEKNIK VISUALISASI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Selain mencapai untuk mencapai MATLAMAT , teknik Visualisasi juga boleh digunakan dalam kehidupan seharian kita Contohnya 1.Jika anda hendak melakukan perjalanan jauh, sebelum memulakan perjalanan bayangkan anda akan sampai dengan selamat kedestinasi anda tanpa sebarang masalah. Maka anda akan sampai dengan selamat ( insya Allah) 2.Sebelum bertolak pergi ke kerja, bayangkan anda sampai ke tempat kerja dengan selamat tanpa masalah. Maka anda akan sampai dengan selamat ( insya Allah) 3.Bila membuat panggilan talipon , bayangkan anda dapat bercakap dengan baik dengan orang yang anda kehendaki. Maka niat anda akan tercapai. ( insya Allah) 4.Jika hendak pergi ketempat yang susah untuk mendapat tempat letak kereta,sebelum bertolak bayangkan anda mendapat tempat letak kereta dengan senang. Maka anda akan mendapat tempat letak kereta dengan senang. Begitulah teknik visualisasi boleh digunakan bila – bila masa sahaja. Maka janganlah sia – siakan teknik yang hebat ini Dr Mohamed Farook b Raj Mohamed M.D. (UKM ) O.H.D. ( NIOSH)

Isnin, 16 April 2012

Model Making - Pusat Pameran Kereta

Asslamualaikum... Bersua kembali, setelah sekian lama menyepi tidak meng'update' blog... Entri kali ini penulis nak kongsikan satu projek baharu penulis berkaitan hobi 'model-making' atau kita biasa dengar hobi membina miniatur. kali ini, penulis sedang menyiapkan model sebuah bangunan pameran jualan kereta.. Oleh kerana belum siap sepenuhnya, penulis hanya dapat memuatnaik gambar-gambar yang dapat ditangkap.Jom... Setelah membuat lakaran asas di atas kertas... proses mengukur dan memotong dilakukan untuk bahagian-bahagian bangunan,..
Ini proses memasang dan menyambung bahagian-bahagian bangunan tersebut...
Seterusnya, penulis menambah bahagian cermin yang hanya menggunakan kepingangan arkrilik/perspek yang susah penulis lorekkan membentuk seolah pintu/cermin kaca...
Sekarang, penulis membina bumbung bangunan...
Ini pula di bahagian belakang...
Okeylah, setakat ini sahaja...kita jumpa lagi perkongsian entri ini bagi siri ke-2 nanti...wasalam

Jumaat, 16 Disember 2011

DEMO MEMBINA MINIATUR RUMAH MINI 2

Sepatutnya sudah lama entri sambungan pada siri pertama ini diposkan...tetapi tidak mengapalah, janji miniatur siap dan dikongsikan dalam blog ini.

Sebelum itu, terasa sedikit kurang lengkap sharing kali ini disebabkan kurangnya menunjukkan satu persatu langkahnya. jadi ini sahajalah yang sempat dikongsikan...

Sekarang ini, penulis sedang menyiapkan tapak bumbung. Atapnya penulis hanya menggunakan 'corrugated colour paper' berwarna merah hati.




Sekarang penulis cuba untuk membuat sedikit laman dan pokok ringkas sebagai hiasan halaman di luar rumah ini...

pokok kecil lagi renek ini penulis hanya mengunakan span basuh pinggan yang dibentuk pokok..ringkaskan? dan satu lagi pokok itu dibeli di kedai aquarium ikan (haha! sedang berjalan-jalan di PetWorld Mid Valley, ternampak pokok-pokok hiasan dalam akuarium yang dijual..hmm tiba-tiba idea datang untuk memilih dan membelinya sebagai satu lagi pokok yang ditambah di halaman rumah mini ini...)



Seterusnya penulis membina tapak dan dan menghamparkan 'grass paper' iaitu sebagai rumput di halaman rumah. Model rumah disusun berserta pokok-pokok tadi.



Akhir sekali, penulis menambah sebuah model kereta sebagai pelengkap sebuah rumah!



Sesuai tak Ferrari F430 ini? tidak bukan...Jadi letaklah model kenderaan yang sesuai saiznya. Model Mercedes CLK bernisbah 1:64 ini lebih sesuai rasanya..


Sampai di sini sahaja...Sekian, wasalam...